Saturday, September 14, 2024

Keutamaan Imam Ghazali

Apakah antara keutamaan dan kelebihan Imam al-Ghazali?
1. Beliau bertaraf mujtahid dalam keempat2 tungku agama (fardhu ad-diin).
i) Mujtahid besar dalam al-islam (mazhab fiqh asy-Syafi’iyah)
ii) Mujtahid besar dalam al-iman (mazhab a’qidah al-Asha’irah)
iii) Mujtahid mutlak dalam al-ihsan (mazhab tasawuf al-Ghazaliyah)
iv) Mujtahid mutlak dalam as-sa’ah (mazhab akhir zaman al-Ghazaliyah)
2. Beliau juga bertaraf mujaddid (1 orang pada setiap satu kurun) iaitu mujaddid kurun ke-5. Ertinya 1 + 4 (iaitu satu mujaddid + 4 mujtahid besar).
3. Dari segi kewalian, dalam tasawuf sufi Imam al-Ghazali bermaqam “sekiranya dalam kalangan umat masih ada kenabian”.
4. Beliau berjaya menghidupkan kembali ad-diin yang sudah mati pada kurunnya. Sebab itulah kitab induk karangannya dinamakan Ihya’ ‘Ulum ad-Diin (Menghidupkan Ilmu2 Agama).
5. Beliaulah “tangan” sebenar di sebalik mujahiddin Perang Salib pertama.
6. Beliau digelar orang sebagai Hujjatul Islam.
7. Beliau menghasilkan kitab soal hati (tangan pertama yakni karangannya sendiri tanpa campurtangan orang lain) yang paling besar dalam Islam. Ihya’ juga merupakan kitab terbesar yang mensyarahkan bagaimana hatinya Rasulullah saw.
8. Beliau ialah pengasas kepada ilmu as-sa’ah.
9. Beliau digelar oleh gurunya Imam al-Haramain sebagai Lautan Tidak Bertepi. Hal itu berlaku sebelum gurunya meninggal dunia, sebelum beliau keluar beruzlah dan sebelum beliau mengasaskan Tarekat Ghazaliyah. Selepas daripada itu, sebahagian ahli Tarekat Ghazaliyah menggelarkan beliau sebagai Langit Tidak Bertepi.
10. Beliau ada mengarang kitab2 fekahnya sendiri, kitab2 aqidah tauhidnya sendiri, dan kitab2 tasawufnya sendiri. Kitab2 ini masih kekal sehingga ke hari ini dan dapat dimanfaatkan oleh umat manusia khususnya kita.
- petikan Majlis Penerangan dan Pengijazahan Tarekat Ghazaliyah 2024

No comments: