Saturday, September 14, 2024

Ajar Kitab Ihya tapi Kurang Lazat?

 

Walaupun ada BAAANYAK ILMU, tetapi berasa sukar, tidak selesa dan tidak lazat untuk mengajarkan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin. Akhirnya berpindah ke kitab lain. Mengapa jadi begitu?


ANTARA punca utamanya adalah kerana tidak ada pengetahuan tentang selok-belok tariq pengarang kitab Ihya’ itu iaitu tariqnya Imam al-Ghazali. Maka pengajar itu sendiri suatu hari kemudian akan berasa dirinya tidak sampai dan tidak mencapai akan hal yang dimaqsudkan oleh Imam al-Ghazali. Maka semangatnya akan beransur2 menurun dari semasa ke semasa lalu akhirnya akan berhenti mengajarkannya.


Tetapi jika kita tahu (terutamanya jika sampai ke peringkat mahir) akan tariqnya Imam al-Ghazali, memang akan lazat belajar, lazat membaca dan lazat mengajarkan kitab Ihya’ ini.


Kitab Ihya’ ini ibarat satu padang rumput yang sangat luas yang terdapat batu2 permata di sana. Jika kita tahu lalu mengikut tariq atau jalan yang dilalui oleh tuan punya padang, maka akan mudah dan sedaplah perjalanan kita di padang itu, serta dapat pula mengumpulkan batu2 permata dengan banyaknya kerana kita tahu atau arif akan lubuk2nya. Sebaliknya, walaupun kita seorang pakar ilmu alam dan pakar batu permata, tetapi kita tidak mahu mengikut lorong2 tuan punya padang, memang akan lambat, letih, jemu, susah, dan sukar mendapatkan batu2 permatanya.


9/9/24


No comments: