Saturday, September 14, 2024

Setiap Kuliah Dilalui 4 Kali

 

Jika ada berasa kurang jelas setelah mendengar atau menonton pengajian kitab Ihya’ 'Ulumuddin sejak 2011 sampailah sekarang 2024, ulang2lah mendengarnya. (Ertinya kuliah yang pernah dihadiri atau ditonton suatu ketika dahulu, sekurang2nya ulanglah sekali lagi hari ini).
Sebenarnya setiap kuliah kitab Ihya’ ini, saya sendiri seolah2 melaluinya sebanyak 4 kali.
1. Sekali masa guru mursyid saya ajarkan kepada saya dulu.
2. Sekali masa saya study untuk mensyarahkannya.
3. Sekali masa saya mensyarahkannya.
4. Sekali masa saya semak (tonton/dengar) semula sebelum upload atau selepas upload.
Jadi, seolah2 sekurang2nya saya lalui setiap kuliah sebanyak 4 kali. Maka susahlah nak sama dapatannya dengan tuan2 yang hanya melaluinya sekali sahaja. (Sebab itulah kadang2 kita terasa macam tak dapat apa2 sangat dengan kuliah2 terdahulu. Tapi setelah diulang siri2nya buat kedua kali, baru terperasan ada banyak benda, cuma dulu2 kawah tadahan ilmu di hati kita itu kecil. Sekarang kawah tadahannya sudah besar. Maka banyaklah yang masuk)
- petikan Pengajian Kitab Induk Ihya' 'Ulumuddin kali ke-286 pada 12/9/24

No comments: