Persoalan : Contohnya antara natijah (hasil, dapatan, kesan, perubahan dsb) yang dicari pada ibadah solat ialah khusyuk (daripada mula khusyuk – kepada semakin khusyuk – kepada khusyuk – kepada sangat khusyuk).
Jika kita hendak memilih satu pendirian (sebagai contoh) : “Aku mahu istiqamah berterusan mengerjakan ibadah solat fardhu tanpa memikirkan hal hasilnya (tanpa mahu memikirkan tentang dapatan khusyuk, kualiti khusysuk, maqam khusyuk dsb) kerana Allah akan memberikannya kepadaku pada bila2 masa yang Dia mahukan.”
Bolehkah?
Jawapannya : TIDAK SALAH dan BOLEH.
Tetapi jika mengikut manhaj Imam al-Ghazali dan manhaj Tarekat Ghazaliyah, pengamal selain daripada melakukan hal di atas tadi (yakni berterusan istiqamah ibadah solat dan yakin bahawa Allah sahajalah pada hakikatnya yang akan mengurniakan natijah itu pada bila2 masa yang dikehendaki-Nya), pengamal JUGA kena mengikut saranan2 Imam al-Ghazali iaitu kena tafakkur dan berusaha ambil tindakan/ respon (contohnya) :
i) Apa yang aku boleh atau kena buat untuk mendapatkan khusyuk dan meningkatkan khusyuk?
ii) Apa yang menghalang diri aku daripada mendapatkan khusyuk dan meningkatkan khusyuk?
Iii) Bagaimana cara untuk aku mengetepikan halangan2 itu?
iv) Apa tanda2 aku sudah mendapat khusyuk?
v) Apa tanda2 diri aku sedang mendekati atau sedang menjauhi atau sedang kehilangan khusyuk?
Dan sebagainya.
Begitulah umumnya di sepanjang kitab Ihya’ itu dalam usaha untuk mendapatkan zuhud, akhlak mulia dalam berkata2 (lidah), mencintai akhirat, serta dalam usaha untuk menjauhi takabbur, cinta dunia, ikut kehendak nafsu, dan sebagainya. Sebab itulah ada muhasabah HARIAN, mubarathah harian dsb, sebab kita hendak menghisab dan menilai diri sendiri sebelum dihisab dan dinilai, dan untuk berushaa dan berikhtiar menilai di mana kedudukan kita sekarang ini dan apa yang kita mahu capai esok lusa.
1/9/24
No comments:
Post a Comment