Sebenarnya amanah ditanggung oleh qalbu (sang raja). Sang raja (qalbu kita masing2) kena membuktikan sama ada dia kompeten, berjaya atau cantik berfungsi sebagai RAJA atau KHALIFAH (iaitu tujuan ia diamanahkan, tujuan ia diutus) atau gagal.
Raja yang bagus akan dapat membaguskan tentera2nya, hamba rakyatnya dan seluruh kerajaannya – iaitu seluruh tubuh badan, mata, telinga, mulut, riak wajah, tangan (perbuatan), perut, kemaluan, kaki dan lain2. Raja/ khalifah yang tidak bagus, bermasalah atau gagal akan gagal menguruskan tentera, rakyat dan kerajaannya.
Rakyat, tentera dan kerajaan ini satu AMANAH yang sangat besar yang wajib ditanggung (diperintah dengan baik dan benar menurut aturan2 agama) oleh qalbu tadi. Jika bagus dan berjaya khalifah menguruskan itu semua, akan bagus dan berjayalah khalifah di hadapan Allah nanti. Kualiti dan kejayaan qalbu itu bergantung sejauhmana ia berjaya menguruskan kerajaan, tentera dan rakyatnya.
No comments:
Post a Comment