Orang
kampung dulu-dulu...umumnya...
Tanahnya
tanah sendiri, tiada hutang.
Rumahnya
rumah sendiri, tiada ansuran bulanan.
Tidak
kaya wang ringgit tetapi sempurna hidupnya.
Jauh
daripada pencemaran udara, bunyi, air, budaya.
Udaranya
bersih, lapang disedut.
Airnya
jernih, nampak anak-anak ikan.
Bunyi-bunyiannya
merdu, suara alam semulajadi.
Budayanya
budaya Melayu, berteraskan Islam.
Bahan
makanan semulajadi
di
sekeliling rumah banyak ada.
Pucuk2,
ulam2, herba2, buah2.
Haiwan
ternak - ayam itik, lembu kerbau kambing.
Haiwan
bebas - beburung, ikan, ayam hutan.
Pelbagai.
Bahan
ubat-ubatan pun
banyak
yang dekat2 sahaja -
di
tepi2 rumah, di sekitar kampung.
Tiada
masalah denggi atau AIDS.
Masalah
kencing manis, darah tinggi, jantung,
seolah2
tiada.
Banyak
rumah yang tidak berkunci pun.
Tiada
pagar, tiada berpengawal.
Pergilah
rumah siapa pun,
terasa
macam rumah kita juga.
Pak
long orang, kita pakat panggil pak long juga.
Mak
tam orang, kita pakat panggil mak tam juga.
Semua
macam satu keluarga.
Pokok
buah-buahan orang, seolah-olah milik semua.
Kaitlah,
panjatlah, makanlah.
Kanak-kanak
bebas bermain.
Keluar
pagi pulang petang pun tak mengapa.
Makan
minum di rumah sesiapa sahaja.
Makan
apa yang ada sekadarnya.
Ibu
bapa kurang risau akan keselamatan mereka.
Ibu
bapa kerjanya tak lama.
Petang
dan malam mereka ada sahaja di rumah.
Banyak
masa berkualiti dengan keluarga.
Perhubungan
ahli keluarga erat terasa.
Hidup
tidak di dalam lingkaran wayar2 elektrik.
Kalau
ada pun gelombang radio sahaja.
Waktu
maghrib terdengar suara mengaji.
Hampir
setiap rumah mengalunkannya.
Suara
azan tanpa pembesar suara
terdengar
ke mana-mana
kerana
kenderaan bermotor, mesin dan peralatan
belum
banyak ada.
Malamnya
dingin, rumah2 berlubang angin.
Tiada
bunyi pendingin hawa,
hanya
bunyi2an alam sekitarnya.
Tidur
berkelambu pun tidak panas.
Siangnya
juga kurang panas
walau
tengah hari di dalam rumah.
Bumbungnya
dedaun,
di
sekeliling rumah pula banyak pohon.
Kenduri-kendara,
berkhatan, perkahwinan, kematian,
pakat
turun belaka, gotong-royong sudah tentu.
Banyak
kerja2 sukarela, tiada upah diminta.
Itulah
suasana yang dirindukan
oleh
sebahagian orang.
Mac
2022