Wednesday, January 26, 2022

Usahalah Kuatkan Qalbu Kita

 

Kuatkan qalbu kita (khususnya untuk diri sahaya sendiri). Jangan biarkan ia terlalu tertekan. Khuatir jika lama-lama dibiarkan, berisiko jadi kemurungan. Itu sangat berbahaya. Antara kaedah yang bagus untuk kurangkan tekanan (simple tetapi ada kesan insya-Allah) di tempat kerja atau di rumah:


1. Jika dapat sekadar satu kerusi dan satu meja buruk, kita bersihkan. Berbeza rasa qalbu kita sewaktu duduk di kerusi meja berhabuk dengan kerusi meja yang bersih. Jika diberi pilihan pun di taman atau di kedai makan antara kerusi meja tak bersih dan meja bersih, secara fitrahnya kita akan terdorong untuk pilih kerusi meja yang bersih.


2. Letak bunga sikit, walau kecil di penjuru meja. Berbeza rasaan qabu kita duduk di meja kosong dengan meja yang ada walau sekuntum bunga. Boleh juga guna gambar, wangian elektronik berasap, batu2 berkilat (ala permata), cermin dan sebagainya.


3. Beri sedikit wangian kepada tempat duduk kita dan persekitarannya. Memang qalbu kita cepat mengesan dan mengalami perubahan antara duduk dikerusi meja yang berbau tidak enak, atau duduk di kerusi meja yang tidak berbau apa2, atau duduk di kerusi meja yang baunya sedap.


4. Susun kemas2 barang2 di meja dan sekitarnya. Qalbu kita memang sensitif dengan persekitaran yang berselerak atau teratur kemas.


Begitulah seterusnya - lapik meja, karpet tempat kita berada, lapik kaki dan sebagainyalah. Semua ini sebenarnya membantu sedikit-sebanyak. Kita usaha dan ikhtiar untuk rawat dan hias qalbu kita sendiri. Orang lain boleh sama membantu tetapi kesannya tidak sekuat bantuan yang datang dari dalam qalbu kita sendiri.


Dalam keadaan diri dan wajah kita yang beraroma kecewa, sedih, takut, sugul, bengang dan lain-lain, tiba2 kita datang ke tempat kerja lalu duduk pula di kerusi meja yang kotor, kosong, berbau atau tiada haruman, berselerak pulak... lagi teruk qalbu kita.


Bandingkan pula, walau diri dan wajah kita masih beraroma yang sama, tetapi kita datang ke tempat kerja dan duduk di kerusi meja yang bersih, berbunga, berhias, berharuman, kemas teratur, berpelapik....memang suasana qalbu kita akan lebih baik.


PengALAMan (alami) qalbu kita ini kadang2 kita tidak terperasan pun kerana kita merasakan sesuatu itu sebagai hal2 kecil sahaja. Tetapi sebenarnya qalbu kita ini sangat seni (halus, latif), kerana hal2 seperti itu pun selalu berperanan penting untuk membentuk emosi kita pada satu2 waktu sama ada tenang atau gelisah, tenang atau marah, bersemangat atau putus asa, dan sebagainya.


Jadi, kita belajar dan usaha ceriakan qalbu kita sendiri sedikit-sebanyak. Pada hakikatnya, kita langsung tidak ada sebarang kuasa untuk ceriakan diri, hanya Allah sahaja yang ada kuasa. Oleh itu, kita minta daripada Dia akan ketenangan dan keceriaan, smabil dalam amasa yang sama dari segi syariatnya kita berusaha dan berikhtiar. Hakikat dan syarat seganding, bercerai tiada.


Januari 2022

No comments: