Akhir2 ini banyak masalah kesihatan yang berlaku secara tiba2. Yang tak pernah ada, tiba2 ada. Yang sudah sedia ada, tiba2 semakin banyak atau semakin kuat adanya. Di sana sini kita membaca, lebih2 lagi jika kita sendiri ada merawat juga. Boleh jadi sebab perubahan cuaca, perubahan menu makan minum, perubahan cara hidup, terdedah kepada itu ini dan sebagainya.
Ada masalah saraf, masalah mata, masalah jantung, masalah asyik kurang tenaga dan stamina, masalah lemah sekurang-kurangnya salah satu anggota, masalah pening kepala, masalah sakit kepala, masalah pernafasan, masalah kulit, dan masalah2 lain yang biasa kita dengar orang bualkan, tuliskan atau rakamkan mutakhir ini. Sudah kelihatan biasa kerana di merata-rata tempat pun ada.
Sungguhpun begitu, ada satu lagi masalah kesihatan yang banyak berlaku secara tiba2 tetapi hampir2 tidak ada yang bicara, tuliskan atau kongsikan. Apakah itu? Masalah tenaga kebatinan.
Banyak perawat baik yang daripada perubatan nabawi, islami, alternatif, tradisi atau apa jua namalah yang seumpama itu, kini menerima semakin ramai kehadiran pesakit berkaitan masalah ini.
Memanglah ketika kita belajar ilmu2 perubatan dahulu, kita ditarbiahkan secara umum tentang segala cabang2 utama masalah kesihatan, termasuklah yang berkaitan dengan masalah tenaga batin. Tetapi kemudiannya para perawat akan punya lebih kemahiran dalam beberapa masalah kesihatan sahaja. Tak ada yang dapat jadi tabib kepada semua jenis masalah kesihatan. Dari situlah lahirnya ahli masalah gangguan ghaib, ada yang jadi ahli bab urut-mengurut, ada yang jadi ahli dalam masalah penyakit2 kulit, ahli masalah tulang, ahli masalah racun/santau, ahli herba, ahli penyakit2 angin, dan sebagainya.
Saya sendiri bukanlah ahli dalam hal ehwal masalah "kebatinan" itu. Ringkas kata, memang tak ada ilmu bahagian tersebut. Sebab itulah jika masalah itu yang dikemukakan, kita akan menolak siap-siap. Akan terbuang masa dan tenaga sahaja walau datang serbu tanpa temujanji sekalipun. Tiada apa yang boleh dibuat untuk membantu, melainkan tolong bacakan doa dan nasihat supaya jaga kesihatan aje lah. Kenalah juga pergi berubat dengan yang ahlinya.
Masalah ini sangat kurang kelihatan di medsos kerana ia sesuatu yang dipandang ramai sebagai memalukan, bakal menjatuhkan maruah dan mengguris calar kredibiliti. Lebih2 lagi kepada yang kuat ego diri.
Perkongsian daripada rakan2 yang aktif merawat di serata negara, memang berlambak2. Tapi di sini saya cuma nak kongsikan pengalaman saya sendiri yang memang sudah tak aktif lagi melainkan banyak yang secara bidan terjun sahaja ini.
Pada tahun lepas, ada 3 kes/aduan. Tahun ini ada dua. semuanya saya tolak dengan baik, kerana saya bukan ahli (tidak berkemahiran) dalam penyakit bahagian itu. Yang menariknya, dalam salah satu kes, si isteri yang diminta senyap2 untuk bertanya oleh si suami. Suaminya tak sanggup mencemar kaki, lalu digunakanlah si isteri. Mahu itu mahu, tetapi mungkin sangat malu untuk menyatakan yang diri secara agak tiba2 sudah tidak berfungsi atau sudah kurang fungsi.
Dalam satu kes lagi, si isteri yang senyap2 tanpa pengetahuan si suami menulis aduan memohon penawar atau kaedah, kerana sudah berbulan-bulan si suami secara agak tiba2 menyepikan diri. Jika diajak berbincang, terus menyinga diri. Tak boleh disentuh langsung hal itu, sensitif tahap maksima. Berapa lama hendak dibiar? Kerana masing2 pun masih muda lagi? Macam biasa, kita terpaksa tolaklah kerana kita bukan ahli.
Begitulah sebahagian kaum lelaki, Masalah kesihatan bahagian ini memang sensitif sekali. Sangat mudah berasa tercabar dan terpukul diri. Kalau boleh, hendak diselindung, dibungkus dan disembunyi hingga ke mati.
Segelintirnya pula berhelah diri. Diterbalikkannya situasi dengan harapan agar dia terpandang sebagai seorang yang ok lagi handal tenaga sejati. Biasanya jenis yang segelintir ini akan berlebih2 (over) dalam berbicara berhadapan muka atau dalam perkongsian di medsos. Lagi teruk masalah yang dihadapi, biasanya lagi lantanglah suaranya, lagi kencanglah bicaranya dan lagi deraslah sembangnya.
Akan asyiklah dia berbicara untuk menambah pasangan menjadi dua, tiga dan empat. Asyik dikongsinya perihal dan gamar janda itu janda ini. Asyik mendakwa bertambah itu ini selepas mengambil bahan2 tertentu. Selalu dikeluarkannya petua2 penguat seakan2 dia banyak tahu dan kaya pengalaman lagi sampai sekarang masih hebat. Diusik2nya kawan2 yang tak bersuara soal poligami - takut bini, tak power, bukan lelaki sejati dan macam2 lagi. Padahal itu semua hanya helah bela diri untuk memesongkan sebenar2 situasi. Di depan umum dia akan berlagak seolah2 tiada apa yang tak diingini berlaku, bahkan baik2 sahaja.
Begitulah... terlajak perahu ke lautan, masih boleh diundurkan. Tetapi terlajak perahu ke dalam pergaungan, hanya dapat berharap agar masih ada sisa-sisa yang dapat dipercantumkan lalu masih boleh digunakan. Nak dapat semula rupa dan fungsi perahu sebagaimana yang asal, memang tidak akan sama melainkan hanya sebahagian. Yang lebih penting lagi, jagalah kesleluruhan kesihatan dan jangan ditambah lagi hal2 dan bahan2 yang boleh memburukkan keadaan.
25.1.22
No comments:
Post a Comment