Wednesday, January 26, 2022

Orang Atas Pun Banyak Kena Mazmumah dan Kesilapan

 

Samalah dengan sifat mazmumah. Ia menghinggap serata ummah. Orang yang atas, juga yang bawah. Ramai yang kena, terbukti sudah.


Sifat dengki sebagai ibarat. Ilmuwan agama pun banyak yang lekat. Ilmu dan maklumat yang banyak, tak tentu selamat. Walau ulama digelar masyarakat.


Orang-orang yang berilmu agama itu tidak banyak jika dibandingkan dengan orang biasa-biasa. Sekadar contoh, jika dalam 1000 orang, mungkin ada 40 orang ilmuwan agama. Jadi, apabila dibuat perbandingan antara orang biasa2 yang bersifat dengki dan orang2 berilmu agama yang bersifat dengki, maka mungkin kita akan perolehi keputusan berikut :


Orang biasa2 yang bersifat dengki = 250 orang

Orang2 lulusan agama yang bersifat dengki = 10 orang sahaja


Maka nampaklah betapa ramainya orang biasa2 yang membiasakan sifat mazmumah itu berbanding orang2 lulusan agama.


Tetapi, keputusannya belum tentu lagi jika dibuat perbandingan dalam jumlah yang sama. Contohnya - 40 orang biasa dan 40 orang lulusan agama. Tak mustahil kita akan temui keputusan :


Orang biasa2 yang bersifat dengki = 10 orang

Orang2 lulusan agama yang bersifat dengki = 10 orang juga


Dan tak mustahil juga boleh jadi yang lulusan agama itu lebih pula jumlahnya berbanding dengan orang biasa2. Kadang2 sifat mazmumah segelintir lulusan agama itu lebih kuat lagi daripada orang biasa2.


Jangan tersalah berbangga jika kita digelar di dunia ini sebagai lulusan agama, ilmuwan agama, ulama, guru, syeikh, mursyid, maulana, kiyai, atau sebagainya kerana mazmumah dan kesilapan boleh menyerang dan menjangkiti semua. Sekadar percontohan - orang biasa2 yang bermazmumah mungkin dosanya (dan murka-Nya) sebesar dunia, tetapi orang bukan biasa2 jika bermazmumah, dosanya (dan murka-Nya) mungkin berpuluh kali ganda dunia.


- Halaqah usrah 23/1/22

No comments: