Saturday, January 29, 2022

Kefakiran Mendekati Kekufuran Menurut Tasawuf

 

Ada kalimah yang isinya mengatakan bahawa , "Kefakiran mendekati kekufuran." Syarahan kepada kata-kata ini sudah banyaklah dibuat orang dari semasa ke semasa. Dan dalam tarbiah tasawuf, kefakiran dalam kata-kata itu dihuraikan bukan dari sudut harta benda sahaja, tetapi juga dari sudut miskin jiwa (qalbu).


Ada orang-orang yang fakir harta benda tetapi kaya jiwa raganya. Orang-orang sebegini biasanya terjauh daripada kekufuran.


Sabda Rasulullah s.a.w , "Kaya itu bukanlah kerana banyaknya harta, tetapi kaya itu adalah kaya jiwa." (Bukhari, Muslim)


Sebaliknya ada pula orang-orang yang tidak fakir dari segi harta benda bahkan ramai yang kaya-raya, tetapi mereka fakir dari segi jiwa raga. Orang-orang yang miskin jiwa raga inilah yang berisiko menuju kekufuran.


Orang-orang yang kaya jiwa, biasanya mereka sangat sukar untuk dipancing diumpan dengan keduniaan, walaupun mereka miskin harta benda.


Orang-orang yang miskin jiwa pula, biasanya mereka mudah dipancing diumpan dengan keduniaan, walaupun mereka kaya harta benda. Apatah lagi orang-orang miskin jiwa yang tidak kaya pula harta benda.


27/1/22

No comments: