Saturday, January 29, 2022

Kami Tak Akan Serang Kedah

 

Antara taktik peperangan dan mencapai matlamat yang sangat berkesan adalah dengan menyatakan matlamat secara terang-terangan tetapi dalam lafaz yang terbalik atau berlawanan dengan maksud. Setelah berjaya mendapatkan kepercayaan pihak yang menjadi sasara, pada ketika itu barulah dizahirkan dengan tindakan akan matlamat sebenar yang mahu dicapai.


Pada tahun 1821, tentera Siam seramai 7000 orang bergerak menuju ke Kedah. Mereka dipimpin oleh putera sulung Raja Ligor iaitu Phya Buri Suknutun. Awal-awal lagi sudah disebarkan secara umum dan disampaikan secara berusart dan kata-kata akan maklumat bahawa, "Kami tak akan menyerang Kedah." Kononnya kedatangan mereka ke Kedah adalah untuk mendapatkan bekalan dalam kempen Siam terhadap tentera Burma. Ketika itu Siam memang selalu berperang dengan Burma, dan ketika itu juga Kedah sendiri boleh dikatakan sebagai salah sebuah kerajaan naungan Siam walaupun kekuatan Kedah tidaklah ketinggalan jauh berbanding kekuatan Siam.


Tentera Siam tiba setelah Kedah yakin dengan hasrat murni mereka. Laksamana Kedah sendiri dan orang-orangnya menyambut ketibaan tentera Siam dengan sambutan di raja. Sangat dimuliakan dan hebat majlisnya.


Di tengah-tengah kemeriahan upacara sambutan itu, secara tiba-tiba sahaja tentera Siam menyerang dan mengamok ke serata pelabuhan dan bandar. Dengan mudah sahaja tentera Kedah ditundukkan kerana mereka memang tidak bersedia selayaknya mode perang. Ramai yang terkorban.


Sultan sendiri terpaksa berundur ke Seberang Perai lalu seterusnya menyeberang ke Pulau Pinang untuk mendapatkan perlindungan daripada Inggeris. Jadi, strategi Siam ini sangat mendatangkan durian runtuh kepada mereka.


Seterusnya Siam meminta Inggeris menyerahkan sultan. Jika enggan, Siam akan menyerbu ke kawasan pengaruh Inggeris untuk mendapatkan sultan. Strategi Siam kali ini adalah dengan memberitahu matlamat sebenar terlebih dahulu, sudha berbeza dengan strategi sebelum ini. Oleh kerana Siam menyangkakan sultan masih berada di tanah besar Semenanjung Tanah Melayu, mereka pun menyerang Seberang Perai tetapi berjaya digagalkan oleh tentera Inggeris.


Seterusnya Siam menghantar 100 perahu tentera ke laut Georgetown (Tanjung). Tetapi oleh kerana Inggeris sudah maklum sedair awal akan matlamat Siam ke sana, maka Inggeris sudah lengkap bersedia. Inggeris mengeluarkan kapal perangnya yang bernama Nautilus. Tentera Siam tidak berani berhadapan lalu berundur. Jelas, strategi jenis kedua itu mendatangkan durian runtuh ke atas kepala pula bagi Siam.


29/1/22


No comments: