Tak tahu? Buatlah pertanyaan.
Malu, berat atau lambat bertanya, sesatlah jalan.
Walau tak semua persoalan akan dibuka dijawapan,
kerana isinya diberi mengikut kesesuaian,
namun kita akan mendapat hal kebenaran,
lalu meredalah kegelisahan.
Tidaklah kita tersalah meletak hukuman
atau tersilap dalam buat keputusan.
Kuncinya bermula dengan pertanyaan,
pintunya pula - kesediaan mendengar jawapan,
hidangannya pula - sedikit keberanian
untuk berlaku adil dalam membuat pertimbangan
dan kesediaan untuk bertindak mengikut landasan.
Jangan biarkan diri dalam ketidaktahuan,
dalam keragu2an, dalam kekeliruan.
29/1/22
No comments:
Post a Comment