Wednesday, January 26, 2022

Belajar dan Beranikan Diri Berkata TIDAK

 

"Saya tak pernah setuju apa-apa pun, tapi saka tu turun jugak kat saya," kata seorang pesakit. (Sebenarnya dia tidak sakit tetapi untuk mudahkan cerita, kita sebut sebagai pesakit sahajalah.)


Satu petua yang diajarkan oleh mursyid sahaya dulu mudah sahaja. Sekiranya ada sesuatu yang datang dalam "rupa" berhadapan, atau bisikan, atau mimpi lalu menawarkan sesuatu sama ada secara terang-terangan atau melalui isyarat, anda hanya perlu kata NO. Bolehlah kalau nak kata tidak, tak mau, atau beri sebarang isyarat tubuh badan yang bermaksud TAK MAU. Cakap biar terang, isyarat biar jelas.


Jangan sesekali kita lakukan hal-hal berikut :


1. berdiam sahaja - kerana keadaan itu boleh ditafsirkan sebagai setuju, lalu ia/mereka pun terus "dengan" anda. Keadaan itu juga boleh ditafsirkan sebagai anda belum ada keputusan. Maka makhluk2 itu akan mengulang2 kunjungan, pujukan. tawaran atau gesaan.


2. menjawab atau mengisyaratkan "tak tahulah", "entahlah", "tengoklah dulu", "saya perlukan masa", "nantilah", "tak pasti le", "saya tak tau nak kata apa", atau yang seumpama dengannya. Maka berulang-ulanglah ziarah, pujukan atau gesaan mereka dari semasa ke semasa. Anda akan mengalami tekanan berterusan.


Tetapi apabila anda mengatakan atau mengisyaratkan TAK MAU dengan jelas (lebih-lebih lagi pada kunjungan awal), BIASANYA tak datang dah.


Jadi, jika ada mana-mana makhluk Allah menawarkan sesuatu kepada anda yang and TAK MAU, terus beritahu dengan jelas TAK MAU. Insya-Allah selepas itu tidak ada lagi gangguan atu berkurangan gangguannya. Tetapi jika anda melakukan no. 1 atau no. 2 di atas tadi, dok berhelah sana berhelah sini, gangguan akan terus datang dan tekanannya akan selalu berlaku.


Belajar untuk kata "tak mau" dan terus praktikkan.


"Tapi, kalau saya tolak terang-terang macam tu, nanti depa buat begitu begini begitu begini begitu begini kat saya. Macam mana?"


"Insya-Allah tak dak apa-apa." (Tapi dalam hati terlintas juga nak kata, "Dah takut itu ini, tak ada sedikit keberanian dan kesanggupan dan kesabaran, jawab je lah ok, ya, baik, beres, sempoi, terbaik, atau angguk je, DAN terima sahajalah akibatnya. Tak payah nak fikir-fikir dah." )


Jangan takut untuk mengatakan TIDAK. Belajar untuk kata "tak mau" dan terus praktikkan.


21/1/22

No comments: