Wednesday, January 26, 2022

Biar Derita Asal Bergaya

 

"Bior papei asal bergayey," bidalan orang Perak, mengikut gaya bahasa arwah mursyid sahaya dulu. Biar papa asalkan bergaya. Maksudnya, walaupun keadaan sebenar kita ni sangat tak berduit dan tak berharta, yakni bertaraf fakir miskin pun, tetapi dari segi penampilan, gaya, percakapan dan sebagainya hendaklah dibuat2 nampak hebat di mata orang ramai. Kalimah ini bukanlah satu anjuran untuk kita contohi, sebaliknya satu peringatan agar janganlah dicontohi.


Dalam urusan2 merawat dan menasihat ini, sahaya terfikir elok juga ada satu bidalan baharu yang berbunyi, "Biar menderita asalkan bergaya."


Kisahnya begini. Dalam ramai2 orang yang datang meminta bantuan sahaya dari segi doa dan rawatan, ada beberapa orang yang seoalah-olah "bior menderite asal bergaye". Mereka datang kepada kita dengan sakit itu sakit ini (diringkaskan kata, semua itu berpunca daripada "penyakit2" terkini). Memang tidak sihat belaka. Kita pulak yang lebih risaukan mereka, kerana antara yang datang itu ialah kawan2 dan kenalan kita sendiri.


Tetapi...apabila posting2 mereka lalu di wall kita, kelihatan seakan2 mereka hendak membuktikan sesuatu, yang sahaya tidak berapa jelas akan jenis matlamatnya yang mahu dicapai.


Ada yang selalu update gambar2 yang menunjukkan aktiviti2 lasak seperti berbasikal beberapa hari sekali dengan wajah ceria, ada yang mendaki bukit, yang berjogging, ada yang melompat kegembiraan, dan sebagainya yang menampakkan mereka sedang sangat sihat. Padahal mereka sedang berubat dengan kita. Kita tahu situasi kesihatan mereka sedang bagaimana. Tetapi biasanya para pembaca lain tentu akan mentafsirkan yang mereka itu sedang berada di kemuncak kesihatan.


Apalah yang hendak dibuktikan dan apalah yang hendak dinafikan? Jika kita sedang tidak sihat, kita bergambar biasa2 sahajalah. Jika ada keperluan, boleh kita bergambar sahaja sebagaimana selayaknya orang2 yang sedang kurang sihat. Cuma jangan dilebih2kan pula rupa tidak sihatnya itu untuk menagih simpati orang. Maksudnya - bersesuaian dengan peringkat ketidaksihatannya itulah.


Tapi jenis yang disentuh pada awal tadi memang lain macam perlakuan mereka. Sudahlah kurang sihat atau tidak sihat, tetapi diuploadnya gambar2 yang memaparkan mereka sedang sihat luar biasa. Dibuat-buatnya sihat luar biasa, lagi over pulak.


Kalian sedang dalam rawatan. Sembuh atau tidak, belum tentu lagi. Eloklah kita bergaya sebagaimana keadaan sebenar diri kitalah, cuma dipermaniskan sahaja sedikit. Elakkanlah sikap "biar menderita asal bergaya". Tak perlulah rasanya nak buktikan apa-apa. Yang pentingnya, kita berusaha gigih untuk menyembuhkan atau sekurang-kurangnya meningkatkan sedikit kesihatan kita daripada sebelumnya.


Seperti biasa, sahaya akan bermedia sosial dengan beberapa orang sahabat muallij lain di serata negara dalam isu2 perubatan alternatif/nabawi, Islami, tradisi semasa lalu sahaya selitkan isu ini. Seperti yang dijangka, mereka juga alami hal yang sama.


18/1/22




No comments: