Sunday, January 30, 2022

Bilik Seribu Manfaat

 


Walaupun sempat berada di bilik ini selama 3 minggu sahaja pada tahun lepas, tetapi adalah sedikit-sebanyak juga jasanya kepada teman2 sekerja. Selain daripada urusan rasmi berkaitan fungsi bilik ini, sekejap2 ia jadi bilik rawatan, sekejap2 jadi bilik pengajian agama, bilik kaunseling pun dia jugak.


Ada yang datang minta air penawar, ada yang datang bertanya soal tauhid & tasawuf, ada yang minta didoa n ruqyah (gangguan2 kecil - tahun ni gangguan2 "besar" tak mahu dah - sebab "depa" mai "mengacau" di rumah), ada yang minta dibekam (dah lama tinggal, peralatan pun entah ke mana, terpaksa ditolak), mohon pandangan masalah peribadi/rumah tangga (kena set minda awal2 bahawa sahaya gunakan kaedah kaunseling Islami cara Imam Al-Ghazali, ia banyak berbeza dengan kaedah kaunseling barat/arus perdana), dan selepas waktu kerja sementara menantikan orang2 lain pulang lebih dahulu, sempat juga sahaya rakam beberapa siri kuliah ringkas kitab Anugerah Taman Cahaya ringkasan Ihya' 'Ulumuddin untuk siaran internet.


Semoga tahun ini Allah terus panjangkan manfaat bilik ini buat diri sendiri dan teman2.

No comments: