Biasanya selagi belum terkena pada diri sendiri dan orang2 yang disayangi, sentiasalah kita berasa selamat diri. Jika orang2 lain sedang menghadapi, tiadalah kita mahu mengambil peduli. "Masalah mereka, bukan masalah kami." Tetapi apabila sudah terjadi, tambahan pula berkali2, barulah terbit kesedaran diri. Itu pun belum tentu lagi, kerana ego masih meninggi.
Sudah terhantuk, baru terngadah. Sudah terkena, baru hendak beralah. Sudah terjadi, baru hendak mengundur madah. Sudah berlaku, baru hendak marah-marah.
Jadilah heboh, kerana yang terkena lalu bersuara itu dikenal orang. Seolah-olah itulah pertama kali hal sedemikian mendatang. Tetapi bagi kami muallij yang merawat orang, itu bukanlah perkara jarang-jarang, melainkan sudah sangat banyak berulang-ulang. Sejak September hingga sekarang, yang mengadu dan yang datang, tak sempat dihitung, lemah nak dibilang.
Namun bersyukur tetaplah ada, kerana Allah beri faham juga. Walau tak banyak, sedikit cuma, tetapi masih boleh ditambah fahamnya jika gigih berusaha.
Ucapan tahniah atas kesedaran. Doa kemudahan dan kesembuhan kami sertakan. Semoga ini menjadi jambatan, laluan perjuangan menuju kebenaran. Tiada marah, tiada dendaman, melainkan mahu semua terselamatkan, sekalipun kalian memberikan kecaman dan menyokong penindasan.
Itu semua kami serahkan kepada Allah, yang pentingnya kasih sayang dan kecintaan kami kepada ummah. Walau dibenci, kami tak marah. Tetap sayang tetap mahabbah.
...untuk semua, khususnya untuk seorang Dr. di sana...
Januari 2022
No comments:
Post a Comment