Wednesday, January 26, 2022

Mengapa Ramai yang Macam Al-Mahdi?

 

Persoalan : Salam ustaz. Nak bertanya... kalau ikut ilmu zaman akhir yang ustaz sampaikan... mengapa ada ramai orang yang peribadi mereka seakan-akan Al-Mahdi (*maksudnya contohnya) dari segi rupa paras, salasilah keturunan, akhlak, keilmuan dsb sampaikan sesetengah orang menyanagkakan mereka betul2 Al-Mahdi?


Jawapan : Waalaikumussalam. Itu salah satu cara Allah samarkan Al-Mahdi yang sebenar. Antara tujuannya :

i. agar musuh-musuh Islam sama ada dari luar mahupun dari dalam Islam sendiri terkeliru dan tersalah.

ii. sebagai ujian dan saringan kepada umat Islam sendiri agar tidak mudah2 terpesona, terpercaya, menyangka2, taksub dan bertaqlid buta.


Dalam sejarah umat Islam, memang banyak orang sebelum-sebelum kita yang punya alamat seakan-akan Al-Mahdi tetapi ternyata bukan. Zaman sekarang pun ada.


Dalam sejarah Tarekat Ghazaliyah sendiri, ada beberapa orang tokohnya yang disangkakan oleh sebahagian orang sebagai Al-Mahdi sebenar sedangkan mereka tidak pernah mengakui bahawa merekalah Al-Mahdi sebenar seperti Ali as-Sulami (murid Imam Al-Ghazali di Syam– tokoh Perang Salib), Marwan bin ‘Ali ath-Thanzi (tokoh Perang Salib - murid Imam Al-Ghazali dan Ali as-Sulami di Syam), Ibnu Tumart (anak murid Imam Al-Ghazali/ Imam Ahmad al-Ghazali yang menjadi pencetus kepada tertubuhnya Kerajaan Muwahhiddun di Afrika Utara dan Sepanyol), dan Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi (tokoh ulama silam di Jawa, Kelang dan Singapura).


26/1/22

No comments: