Sampailah sepasang suami isteri yang mereka sendiri yakin lagi mengakui bahawa masalah kesihatan luar jangka yang sedang mereka hadapi sekarang adalah berpunca daripada masalah2 kesihatan terkini. Sahaya tak cakap apa-apa pun tentang hal itu, melainkan keyakinan dan pengakuan mereka sendiri. Lalu dimintalah sahaya buatkan air penawar, doakan atau sebarang bacaan berkaitan.
Doa, zikir, bacaan ayat2 dan seumpamanya itu memang sudah barang tentu. Tetapi janganlah hanya bergantung 100% kepada itu sahaja. Usaha dan ikhtiar secara kerja-kerja yang lebih bersifat kefizikalan tetap kena diusaha dan diikhtiarkan sama. Biar seganding.
Sahaya suka beri contoh. Maka sahaya pun berilah contoh. Contohnya, tentera musuh mula menyerbu menyerang kita. Memanglah kita berdoa dan berzikrullah bagai dengan harapan Allah gagalkan rencana musuh, tetapi tak sesuailah mengharap itu sahaja 100% lalu kita beramai2 berdiri tegak menanti tanpa sebarang usaha dan ikhtiar yang lebih bersifat kefizikalan. Dah tentulah kita kena berdiri kemas-kemas, cabut keluar pedang, kemaskan kedudukan lengan dan perisai, atur pernafasan dalam mode bertempur, dan sebagainya.
Disambung pula dengan satu tamsilan. Tidak salah malah berpahala lagi Allah suka jika kita berusaha dan berikhtiar. Tapi, usirlah jin syaitan macam mana cara dan bacaan sekalipun, sedangkan di dalam rumah kita sendiri memang sudah kita letak bermacam2 benda yang sangat menarik perhatian mereka (magnet), tak adalah seberkesan mana usaha dan ikhtiar kita itu. Apatah lagi jika kita masih dok menambah benda-benda yang membuatkan mereka berasa terundang itu. Maka, kenalah dikeluarkan setakat yang termampu akan benda-benda yang jadi magnet penarik buat mereka itu. Yang tak mampu kita keluarkan, kita serahkan kepada Allah sahajalah. Kalau tiang seri rumah lama yang bermasalah, takkan nak dipotong buang tiang seri? Runtuhlah rumah.
Kita "bersihkan" dan "pagar" rumah, lalu keluarlah beberapa makhluk yang tidak kita ingini itu. Namun mereka tetap akan berusaha masuk kembali keraan magnet penariknya masih banyak di dalam rumah itu. Lebih-lebih lagi jika kita tambah pula selepas itu magnetnya.
Barulah sampai kepada hal sebenar yang hendak disampaikan. Insya-Allah sahaya buat semua yang diharapkan dari segi doa, zikir dan bacaan semua itu, namun kena ada hal lain yang tidak kurang pentingnya untuk dibuat. Apa yang sudah berada dalam badan masing-masing itu adalah magnet penarik yang sangat kuat kepada 1001 jenis penyakit yang sentiasa berlegar2 di sekeliling kita. Maka magnet itulah yang perlu kita nyahkan atau sekurang-kurangnya kecilkan saiz atau kuasanya terlebih dahulu.
Kalau kedua-dua orang secara tiba2 sahaja mendapat tiga empat masalah kesihatan yang tidak pernah ada sebelum ini, lalu kita nak usir keluar (sembuhkan atau kurangkan), memang boleh. Tetapi, magnet itu tetap akan menarik datang yang lebih 900 lagi masalah kesihatan lain, Bahkan masalah kesihatan yang tiga empat tadi pun akan mengulang datang lagi. Mereka cuma tunggu peluang untuk menyusup masuk sahaja.
Magnet itu sangat luar biasa. Jika sempat ia bertapak, pada adatnya hampir2 mustahil untuk dikeluarkan lagi. Tetapi kita tetap boleh berusaha dan berikhtiar untuk mengecilkan saiz kuasa penariknya. Itulah yang kebanyakan orang sebut sebagai detox (dan apa jua istilah seumpamanyalah). Sekadar sehujung kuku ilmu yang ada pada sahaya ini, ringkas kata, pada adatnya, buatlah apa jenis detox beribu kali pun, magnet itu tetap ada bakinya kerana ia bertapak sangat jauhhhhhh ke dalam daripada loakasi2 yang boleh dicapai oleh detox. Tapi usaha dan ikhtiar tetap istiqamah kita lakukan.
Sesiapa sahaja pun yang mengalami masalah yang lebih kurang sebegitu, langkah-langkah usaha dan ikhtiar yang suka sahaya sarankan (mengikut turutan) :
1. Doa, zikir, bacaan2 dan seumpamanya.
2. Kurangkan saiz kuasa penarik si magnet. Lemahkan ia. (Sahaya pun tidak mahir bab2 "detox" ini. Usahalah cari perawat2 lain yang ahli dalam bahagian tersebut)
3. Rawat masalah2 kesihatan yang muncul daripadanya.
Dan tentunya sepanjang melakukan 3 proses di atas, kita kena berterusan menjaga kesihatan melalui senaman, pemakanan, kebersihan dan lain-lain.
20/1/22
No comments:
Post a Comment