Pertanyaan : Salam ustaz. Saya suka nak minta pandangan ustaz tentang azam2 untuk tahun 2022 khususnya bab keruhanian. Mohon kongsikan. Terima kasih.
Jawapan : Wlksm. Dari segi keruhanian, saya pun suka juga untuk mencadangkan azam2 yang berikut untuk tahun 2022 :
Yang sekadar tahu Allah tapi belum kenal Allah (ma'rifatullah - awwal ad-din), eloklah azamnya mahu mencapai kenal Allah.
Yang sudah tahu dan kenal Allah (ma'rifah) tapi belum mencapai mahabbah, eloklah azamnya mahu mencapai mahabbah.
Yang baru awwal ad-ddin (ma'rifatullah), eloklah azamnya mahu mencapai akhir ad-diin.
Yang sudah akhir ad-diin, eloklah azamnya mahu mencapai kamal ad-diin.
Yang sudah mempelajari lebih dua rukun agama, eloklah azamnya belajar rukun ketiga.
Yang sudah ada rukun ketiga, eloklah azamnya lengkapkan dengan rukun yang keempat.
4 tiang pagar mesti kukuh, barulah 4 bahagian pagar dawainya boleh kukuh dan kemas sebagai pertahanan dan perhiasan.
31/12/2021
No comments:
Post a Comment