Sepanjang sahaya terlibat dalam dunia muallij, amat jarang sahaya diminta merawat bayi (melainkan anak2 sendiri). 3-4 tahun sekali pun belum tentu ada seorang. Biasanya remaja, dewasa dan warga emas. Kanak-kanak pun jarang. Tetapi sejak Disember 2021 lalu, sudah ada beberapa orang bayi dalam usia 3-4 bulan.
Apabila kita buat kerja2 rawatan, biasanya kita akan dapat gambaran tentang masalah2 apakah yang berada pada kedudukan atas2 untuk sesuatu tempoh waktu. Hal ini berdasarkan jumlah pesakit dan jenis masalah yang dihadapi. Kita sembang2 dengan rakan2 muallij di serata negara, akan lebih jelas lagi kerana biasanya mereka juga menerima aliran masuk pesakit yang lebih kurang sama.
Orang2 yang tidak melibatkan diri dalam urusan ini, tentunya tidak maklum akan hal ini melainkan mereka ada bergaul dan bersembang dengan para muallij.
Merawat bayi2 ini kurang saya minat dan memang kurang ilmu pun, terutamanya kerana bayi tidak boleh berbicara dengan kita untuk menyatakan apa yang mereka rasa, sakit di mana, bila waktu sakitnya, dan sebagainya.
Tapi, kita menolak pun, orang serbu mengejut juga. Mahu tak mahu, kita baca dan buatlah apa yang terilham ketika itu sahajalah. Moga2 salah satu usaha kita itu disukai oleh Allah lalu dikurniakan-Nya kesembuhan.
20/1/22
No comments:
Post a Comment