Sunday, January 30, 2022

Hendak Mencapai Maqam2 Selepas Awwaluddin Makrifaullah

 

Datanglah pertanyaan tentang panduan untuk mencapai yang selepas2 awwal ad-din (ma'rifatullah) sehinggalah akhir ad-diin dan penamatnya kamal ad-diin. Yang dipintanya satu tip (panduan yang ringkas tapi padat) sahaja kerana jika banyak2 pun tak terbuat. Kalau boleh, tip yang satu itu biarlah yang "power" katanya.


Sahaya pun berfikir-fikir... akhirnya sahaya beritahu dua, walupun yang diminta satu sahaja :)


1. Mahirkan diri sehingga engkau dengan kadar segera dapat membezakan sama ada seseorang itu sedang berbicara dari sudut hakikat atau dari sudut syariat. Jangan nanti orang sedang berbicara dari sudut hakikatnya tetapi engkau memaham, menyampuk atau mengkritik dari sudut syariatnya. Begitulah sebaliknya.


2. Mahirkan diri sehingga engkau dengan kadar segera dapat mengetahui sama ada seseorang itu sedang menggunakan bahasa dalam (istilah dalam, laras bahasa tinggi sufi) atau sedang menggunakan bahasa luar (istilah luar, laras bahasa biasa).Jangan pula orang sedang berkalam menggunakan bahasa dalam tetapi engkau memaham lalu menyampuk menggunakan bahasa luar. Begitulah sebaliknya.


Jika yang dua ini dapat engkau kussai dengan baik, insya-Allah mudahlah laluan engkau untuk pergi dan tiba di "tempat2" selepas awwaluddin ma'rifatullah, bahkan dengan selamat tanpa tersesat.


19/1/22

No comments: