Tuesday, January 25, 2022

Mencegah Penyakit dan Jin Lebih Baik daripada Mengubati

 

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Peganglah kalimah ini sampai bila2 pun.


Sekadar tamsilan yang menghampirkan kepada faham...


Jangan sesekali undang masuk, jangan jemput masuk, jangan pelawa masuk, jangan bawa masuk, dan jangan benarkan orang bawa masuk. Sempat sahaja mereka masuk, mereka akan duduk merata tempat dalam rumah kita. Ada yang masuk sampai KE DALAM tiang seri atau tiang2 seri rumah kita. Yang lain-lain boleh dibuang tetapi yang DI DALAM tiang seri tu kena buang sekali dengan tiang serinya. Sanggupkah? Kerana jika dibuang tiang serinya maka runtuhlah rumah.


Yang lebih teruk lagi, tuan rumah sendiri awal-awal sudah pemasukkan makhluk2 itu ke dalam rumah, lebih-lebih lagi ke tiang seri rumahnya. Dicarinya spesis yang power yang boleh tembus sampai ke tiang seri, kerana untuk sebenar-benar bermukim di tiang seri itu bukan calang2 makhluk boleh menduduki.


Tujuannya? Sebagai pendinding, pengawal, penguat, dan penawar yang bersifat antiserangan dan antiakibat serangan. Dalam kata lain, kuatlah sistem imun rumah tersebut lalu sejahteralah para penghuni, konon diberi. Jika yang masuk menyerang atau yang dihantar menyerang itu daripada spesis mereka juga, maka bolehlah dilemahkan serangan dan kesannya, kerana mereka sespesis, saling mengenal dan boleh bincang. Jin sesama jin, boleh kawtim. Jadi, kuranglah kesannya.


Tapi kita kena ingat. Yang duduk di tiang seri dan sekitar dalaman rumah itu pun sespesis dengan yang hendak menyerang atau dihantar menyerang itu. Perangai dan kelakuan mereka biasanya lebih kurang sama sahaja. Yang menyerang dari luar, memang jelas2 menunjukkan niat tak baiknya untuk mendapatkan sesuatu matlamat. Yang bertapak di dalam pula, samalah juga, cuma niat tak baik dan matlamat mereka terindung di sebalik IMEJ YANG BAIK, iaitu sebagai pengawal, penguat, pencegah, penghalang, petarung dan sebagainya. Padahal matlamat akhir bagi kedua-dua pihak sama ada dari luar atau yang sedia di dalam.... ADALAH SAMA.


Apabila tuan rumah sendiri yang pemasuk makhluk2 itu sampai ke tiang seri, lalu tak jadi apa-apa (sebenarnya belum jadi apa-apa kerana makhluk2 itu dan tuan sebenar makhluk2 itu tahu waktu mencapai matlamat mereka yang paling sesuai. Tak jadi kepada tuan rumah sekarang, akan jadi kepada anak cucunya yang membawa DNAnya nanti walaupun mereka belum lahir lagi. Itulah antara yang jadi SAKA. Ada saka tradisional, dan ada saka moden), maka berbanggalah ia dengan kekebalan rumahnya dan para penghuni daripada anasir2 yang tidak diingini.


Tuan rumah lain yang pemasuk juga, tetapi selang tak berapa hari sudah mula JADI APA-APA yang tak diingini, maka dicarinyalah kita untuk minta dinasihati dan diubati. Setelah kita teliti lagi cermati, ternyata puncanya daripada tiang seri, timbul pula dua situasi.

1. Ada yang tidak mempercayai

2. Ada yang tidak mempercayai


Kita ringkaskan sahaja bicara - percaya atau tidak percaya, jika mahu kita usaha dan ikhtiarkan kesembuhan rumah dan penghuninya, mula-mula sekali kenalah dinyahkan dulu makhluk2 itu termasuklah yang di tiang seri. Jika tidak, kesembuhan rumah dan penghuninya mungkin sehari dua sahaja tetapi lepas itu akan berlaku lagi dan lagi. Yang bertapak di dalam rumah itu pula tidak sekadar menduduki. Sesekali jika melintas makhluk2 sespesis yang diberkenannya, diajaknya menumpang sekali. Maka bertambahlah lagi dan lagi.


Masalahnya, yang sudah sampai jauh ke dalam tiang seri itu, yang itu hampir2 pasti tak akan dapat dinyahkan lagi, melainkan kena dibuanglah tiang serinya (ertinya tamat riwayat rumah itu), kerana yang berjaya bertakhta di situ bukan calang2 hebatnya yang diizinkan oleh Allah.


Apa yang boleh kita buat? Kita usaha dan ikhtiar nyahkan yang selain di tiang seri, dan kita kurangkan kekuatan yang di tiang seri itu. Itu sahaja yang boleh kita lakukan. Dan hendak melemahkan yang bertaraf tiang seri itu, sahaya bukanlah orangnya. Sahaya sedia maklum kemampuan sahaya setakat mana sahaja. Maka anda kenalah usaha dan ikhtiar dengan orang lain yang ahli dalam bahagian itu.


Sebab itulah kita katakan, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Jika dicegah sedari awal, tidaklah sampai jadi macam ini.


Yang ultra teruk lagi, selepas orang dah rawat rumahnya dan berjaya kurangkan power yang berada di tiang seri, lalu sudah semakin amanlah rumah dan para penghuni, tiba-tiba selepas itu dibawa masuknya pulak lagi makhluk2 itu untuk tambah keselamatan diri! Alasannya, kalau kami tak perkukuh tiang seri kami, kami takut kena macam-macam, kena itu ini, serangan itu ini, penyakit itu ini, sihir itu sihir ini.


Kita merawat satu dua masalah, emosi kita tenang2 sahaja. Tetapi kalau sudah berlambak masalah dan diulang2, ahli sufi pun boleh naik syeikh :) Orang mukmin (beriman) tak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali. Tapi ini sudah berkali-kali. Sudah ke mana "mukmin" itu daripada diri?


Jadi, kepada yang masih ada bergantung harap kepada makhluk-makhluk berkenaan , ELOKLAH jangan minta khidmat kami, mengadu, minta pemulihan, dan sebagainya. Memanglah kami tetap akan layan, tetapi semua itu sebenarnya membuang masa dan tenaga sahaja. Terus sahaja pergi usaha dan ikhtiar untuk lemahkan si penunggu tiang seri, keluarkan konco2nya yang lain, dan jangan sesekali lagi selepas ini ambil atau tambah lagi makhluk2 tersebut.


Ingatlah sampai bila-bila, mencegah lebih baik daripada mengubati. Jika kita sudah terlepas peringkat mencegah lalu sekarang berada dalam zon diubati, kita berpesanlah kepada anak cucu kita yang masih belum terlepas peringkat mencegah itu agar mereka mencegah sedari awal.


***Cerita sahabat mallij - Ada juga kes si tuan rumah sudah masukkan makhluk2 itu sampai "jauh ke dalam" ke tiang seri, tetapi tidak ada apa-apa pun yang terjadi. Selamat rumah dan penghuni, dan tiada gangguan sama sekali. Maka disangkanya ok, tak perlu dipeduli.


Sahabat muallij kita pun tanya, siapa yang pemasukkan makhluk2 itu? Dijawabnya sekian2 bomoh. Setelah sahabat kita mohon gerak daripada-Nya lalu cermati, ternyata rumah itu dan tiang serinya memang tiada berpenghuni. Rupa-rupanya si bomoh sekadar temberang di siang hari.


Barulah tuan rumah menyedari, bahawa walaupun selama hari ini tiada makhluk di tiang seri, tetapi masih selamat rumah dan penghuni. Cuma mereka rajin beramal dan mengaji. Ya, itulah imun semulajadi kurniaan Ilahi. Tak perlu bergantung kepada spesis2 yang tidak dikenali.


23/1/22

No comments: