Saturday, January 8, 2022

Selingan Santai - Hajat Berguru

 

ABC : Hamba sudah tidak tahan dibuli. Cukuplah setakat ini! Sekarang hamba nak berguru dengan tok guru. Hamba nak mula mempertahankan diri. Perturunkanlah ilmu2 tok guru kepada hamba.


XYZ : Sebenarnya...ilmu2 tok ini diperturunkan mengikut kesediaan dan kesanggupan murid. Cucu sanggup setara mana? Dah tahu nanti, senang tok nak salurkan sungai ilmunya mengikut kesesuaian. Sebanyak mana airnya, sederas mana perginya, dan sebesar mana kepala airnya.


ABC : Faham tok.


XYZ : Jadi... cucu sanggup setara mana? Hikmat Alam Semutar ini terdiri daripada 7 peringkat :

1. Level diumpat?

2. Level dijeling, masam muka, tak layan?

3. Level dikata depan2 (perli, kutuk, maki, ditengking, dimalukan, dimuncungitikkan)?

4. Diasingkan? Dipenjarakan? Dipasung? Ditelagabutakan? Diikat di pokok rambutan penuh kerengga? Dinafikan pelbagai kemudahan?

5. Ditampar, tumbuk, tendang, sebat, bodyslam, scorpion leglock?

6. Dibuang negeri?

7. Level dihukum mati? Disula? Digoreng kunyit?

Atau lain2?


ABC : Huh, alang2 menyeluk lubang biawak, biar sampai ke pangkal impian, hingga hujung nyawa, hingga akhir nanti! Hamba pilih level 7 tok!


XYZ : Allamak, tok pun sebenarnya baru level 5 je!


2/1/22

No comments: