Dulu-dulu... sebelum2 ini...
bolehlah dikatakan bahawa
kita banyak ruang bebas
untuk mengatur dan mencatur
"rumah" kita sendiri.
Tetapi kini
halaman, luaran bahkan dalamannya,
dapur, tandas bahkan bilik tidur pun
diatur dan dicatur
oleh orang lain.
Sesiapa ahli rumah kita
yang paling berusaha keras
untuk mengembalikan
aturan dan caturannnya kepada kita,
yang itulah yang wajib
kita berjuang bersama-sama dengannya.
Sekalipun tidak berjaya
sepanjang hayat kita di dunia
namun di akhirat sana tetap ada ganjarannya.
Apatah pula
kita berjuang kerana cinta,
kerana cinta-Nya,
tanpa ganjaran sekalipun
tetap tidak terasa kurang apa-apa.
Januari 2022
No comments:
Post a Comment