Wednesday, January 26, 2022

Lagu Vespa Pun Bidaah Jugak?

 

Teringat sahaya suatu waktu dahulu, di salah satu media sosial........ada satu rakaman audio yang mengandungi bunyi atau suara sekumpulan lelaki beramai-ramai lagi bersama-sama mendendangkan satu lafaz berirama dengan suara yang keras...


Tiba-tiba... ada satu komen oleh seseorang dari seberang, yang nama tempatnya Nusa Tenggara atau yang lebih kurang sebegitulah bunyinya. Dia kelihatannya sering menggunakan bahasa Melayu daerahnya yang kita pun ada kesukaran juga untuk memahami is kandungannya. Apatah pula dia banyak juga menggunakan tulisan pendek2 ala sms. Sememangnya kita yakin bahawa dia juga banyak tidak mengerti maksud tulisan dalam bahasa Melayu Utara, Kelantan, Terengganu dan KL. Ibarat orang Basilan berbual dengan orang Kelantan. Macam ayam dengan itiklah jadinya.


Lebih kuranglah komennya, katanya amalan dalam audio itu adalah bid'ah (dhalalah yang sesat dan ke neraka, kerana baginya tak ada bid'ah hasanah), tidak pernah dicontohkan nabi dan salafussoleh, tarekat sesat, bersusur-galur daripada syi'ah, dan seumpamanyalah. Memang sedari awal sudah dimaklumi yang hamba Allah itu berfahaman Wahhabi. Jadi, tak hairanlah pandangannya begitu.


Tapi sebelum berhukum apa-apa, elok jika anda dapat mendengar dulu dendangan tersebut. Sekarang sudah ada dalam bentuk video. Boleh cuba try test semak uji di sini https://www.youtube.com/watch?v=X1HESTQUrVI .


Jangan tersembur nasi di mulut sudah. 

 

Januari 2022

 

*Disangkakannya suara2 itu macam satu bacaan2 untuk ritual tertentu :) 



No comments: