Kadang2 kita memang tidak buat salah,
tidak berdosa dan Allah memang tidak murka,
tetapi kita tidak dapat KASIH SAYANG-NYA,
apatah lagi CINTA-NYA.
Bagi para sufi, tidak buat salah, tidak berdosa
dan Allah tidak murka itu,
masih tidak mencukupi
kerana matlamat mereka
adalah kasih sayang-Nya lagi cinta-Nya.
Bukan perbuatan2 yang mengundang kemurkaan Allah
dan bala daripada Allah sahaja
yang perlu dihindari,
perbuatan2 yang tidak mengundang kasih sayang Allah sahaja pun
akan diusahakan juga untuk dielakkan
lalu diperbetul dan dipercantikkan
oleh para sufi.
Apabila KASIH SAYANG-NYA tiada atau jauh daripada kita,
itulah antara punca Dia tidak pedulikan kita.
Apabila Dia tidak pedulikan kita.......
1/1/2021
No comments:
Post a Comment