Saturday, January 8, 2022

Apa La Punya Ketua!

 

Teringat zaman kanak2. Suatu waktu ketika cuti sekolah, ramai rakan2 sahaya berpakat untuk bersunat bersama2. Biasanya antara kumpulan kanak2 ini ada seorang yang seolah2 ketua. Kami pun begitu macam tu jugalah. Dialah paling samseng. Semua kanak2 lain dalam kumpulan sebaya kami itu berada di bawah perintahnya. Sesiapa yang melawan, akan kena debik. Memang cengey, garang. Ada juga sesekali bertumbuk dengannya tetapi berdasarkan rekod, memang dialah yang banyak kali menang.


Beberapa hari sebelum majlis berkhatan, si ketua berpesan siap2 dengan tegasnya, "Jangan ada sesiapa yang menangis! Sesiapa yang menangis, pondan! Lepas ni tak boleh jadi geng!"


Disebabkan amaran kerasnya itu, takut lepas tu tak boleh jadi geng dah, maka sahabat2 kami yang lain pun ketika berkhatan itu pakat bertahan semua walaupun takut. Dengan kausa Allah SWT, nak jadi cerita, rupa2nya si ketua tu yang menangis ketika acara kemuncak pemontongan tersebut! Di luar, samseng bukan main. Tapi dalam realitinya, lain yang diperintah, lain yang dia buat. Punyalah hampa kawan2...


Lepas itu kawan2 pun pakat mengutuk dan mengumpat le, tapi dari belakang je berani. Kerana apabila disentuh kejadian tu secara berdepan, memang dia bagi penumbuk dan penendang. Mana berani nak melawan.


Tapi apabila kami sudah remaja, hal itu jadi bahan usikan kami kepada dia le. Dia pun tak berapa nak ambil hati dah waktu tu, dah besar.


Kata orang, kenangan indah hari esok... tercipta hari ini. Gembira bercampur sayu apabila terkenang-kenang.


6/1/22


No comments: