Wednesday, January 26, 2022

Apa Sebenarnya yang Paling Dahulu?

 

Doktor dan para pembantunya menyambut kelahiran seorang bayi. Apabila ditanya kepada mereka, "Apa yang keluar lebih dahulu? Apa yang terbit paling awal?"


Pelbagai jawapan akan diperolehi. Contohnya :


Orang 1 : Kepala yang keluar dulu.

Orang 2 : Rambut yang muncul lebih dahulu.

Orang 3 : Eh, kulit yang nampak dulu!

Orang 4 : Yang paling awal ialah warna (hitam rambut atau warna kulit kepala) le.

Orang 5 : Ye ke? Yang terawal zahir bukan bentuk ke?

Orang 6 : Salah le! Seawal-awal terzahir ialah rupa.

Orang 7 : Mana pulak! Yang mula-mula muncul ialah sempadan/had/tepi/batas.


(*Bukannya Do atau Minah yang mati dulu)


Padahal semuanya betul, cuma berbeza sudut mata kepala memandang dan mata hati mula-mula menangkap terlebih dahulu. Yang tidak memaham, akan berkhilaflah berpanjang-panjang. Yang memaham, sejahtera dalam "memandang" dan "menyaksikan".


Namun begitu, bukanlah semua pandangan dalam hal itu dikira benar. Jika tidak, menyelitlah pelbagai keputusan yang salah lalu disangka benar juga. Yang pukul rata semua pandangan dikira sebagai benar pun masalah juga.


Contohnya :


Orang 8 : Batu-batu permata yang keluar dulu.

Orang 9 : Buku yang mula-mula terzahir.

Orang 10 : Seawal-awal muncul ialah 6 batang gading gajah.


Takkanlah yang ini pun hendak diterima sebagai benar?


Sebab itulah dalam Tariqah Ghazaliyah ini ditekankan 4 bangsa mengenal yang berpasangan/berlawanan :


Mengenela diri, mengenal Allah

Mengenal dunia, mengenal akhirah

Mengenal syaitan, mengenal malaikah

Mengenal yang benar, mengenal yang salah


- panduan bersufi

 

Januari 2020

No comments: