Engkau tidak pandai menyaring?
Engkau tidak cukup ilmu untuk menyaring?
Engkau tidak berani menyaring?
Engkau tidak mahu menyaring?
Engkau takut akan hasil saringan itu nanti?
Dia sudah tolong menyaring.
Keputusan saringan-Nya sudah jelas.
Engkau cuma perlu terima sahaja saringan-Nya,
engkau ikut sahaja hasil saringan-Nya,
walaupun tidak kena dengan kesukaan hatimu.
Jangan pula apabila Dia sudah menyaring
engkau masih juga memilih yang tidak dipilih-Nya
lalu engkau pilih pula yang sudah tersaring keluar
kerana berasakan yang itulah yang lebih hebat.
No comments:
Post a Comment