Saturday, January 8, 2022

Mendengar Kalam Qadim?

 

Seorang hamba Allah mengaku "mendengar" kalam qadim. Apabila diminta penjelasan, diberikannyalah beberapa ayat contoh. Ternyata yang diberikannya itu, sekiranya benar, hanyalah "bekas2" kepada kalam qadim. Tetapi, tidak benar pun.


Jika waktu berniat solat dalam hati pun masih ada lafaz, huruf, tulisan. "bunyi", "suara", tempoh masa, dan seumpamanya, bagaimana mahu mencapai "mendengar" kalam qadim yang tidak "terkena" itu semua? Sewaktu tangan mengangkat takbir, mulut menyebut "Allahu Akbar" sementara dalam qalbu masih berayat, "Sahaja aku.................", umumnya jauh sangat lagi untuk "mendengar" kalam qadim.


Sebenar niat itu ialah lintasan, sederup, tanpa berlafaz2/berkata2 di dalam hati, tetapi segala isi yang diniatkan itu "ada di sana". Berlatih yang ini terlebih dahulu, barulah sesuai untuk dilanjutkan dengan "mendengar" dan "menyaksikan" kalam qadim.


Nasihat yang sama juga - jangan berhenti pada ilmu kalam, jangan berhenti pada awwal ad-ddin (ma'rifatullah), jika mahu mendapatkan lebih lagi. Tetapi jika berasa cukuplah setakat itu sahaja, hal itu bukanlah satu kesalahan. Setiap orang itu direzekikan dengan apa yang telah ditetapkan untuknya.


Sesustu yang kita tidak tahu, jangan dibuat2 tahu. Sesuatu yang kita tidak sampai, jangan dibuat2 sampai.


*Yang dalam tanda "......" merupakan "bahasa dalam" bagi kaum sufi.


5/1/22

No comments: