4 tungku ad-diin ini ringkas kata belajarnya serentak, walau mungkin yang ini sedikit dan yang itu banyak, walau dengan berlainan guru dan ulama'. Bukannya sebagaimana fahaman sebahagian orang, bahawa setelah khatam asas al-iman ('aqidah) baru boleh belajar ilmu2 al-islam (fiqh), atau dah khatam asas2 al-islam baru kena belajar al-ihsan (tasawuf), atau dah khatam asas2 tasawuf barulah layak menuntut ilmu2 as-sa'ah (zaman/masa/saat - akhir zaman, zaman akhir, masa hari kehancuran mencapai hari kebangkitan)
Ada kala, sesuatu kebenaran itu terpaksa belum dibukakan (disebarluaskan) kerana ia boleh mengundang fitnah yang luar biasa sekalipun ia kebenaran, melainkan setelah sampai masanya, keadaannya dan tempatnya, asalkan keadaan sedia ada itu sendiri tidak terlalu besar fitnahnya. Walaupun ia dibuka setelah sampai masa dan lokasinya, fitnah tetap ada namun impaknya tidaklah terlalu luar biasa dan ada harapan untuk lebih mudah reda.
Zaman-berzaman melalui sanad-bersanad, pesan dan amanah diperturunkan tentang waktu perlu dibukanya. Ibarat kaum Yahudi dan Nasrani yang menanti2 untuk mengakui kezahiran Nabi Muhammad saw. Zaman-berzaman sanad-bersanad, tetapi belum dibuka. Ada rahib-rahib yang sudah bertemu muka lagi mengetahui akan baginda tetapi mereka tidak pula terus membuka cerita lalu mengajak umat manusia kepada baginda pada ketika itu juga. Padahal kebenaran sudah terzahir, tetapi disembunyikan pula. Mengapa? Kerana ia berkait dengan masa, situasi dan lokasi.
Tidak semua rahib dan pendeta yang ada itu semua, bahkan kebanyakannya tidak mengetahui melainkan hanya segelintir sahaja. Jika dibuka sebelum masa, mereka akan dibantah oleh lain2 rahib dan pendeta termasuklah yang benar, bahkan berbahaya pula kepada hal yang dibuka itu. Setelah sampai masa lalu dibuka pun, tetap juga besar fitnahnya tetapi ada kurangnya, serta lebih terpelihara akan hal yang dibuka.
25/1/22
No comments:
Post a Comment