Update Ziarah Ghazaliyah 7 - Apabila bertemu dengan pengamal2 Tariqah Ghazaliyah yang jarang2 dapat bertemu, tentunya kita mahu menyampaikan pelajaran2 lanjutan. Sekadar contoh (rekaan) - sekiranya sebelum ini pengamal itu sudah berada pada darjah ke-37, tentulah kita mahu dia mendapat pelajaran bagi darjah2 seterusnya. Tetapi kadang2 hajat kita itu tidak tercapai kerana ternyata pengamal tidak bersedia untuk menerima "beban" pelajaran2 yang lebih tinggi.
Kita sentiasa menghasilkan penulisan2 dan video2 dari semasa ke semasa. Kita pun beranggapan yang pengamal mengikut rapat (bersuhbah) atau banyak mengikut segala penulisan dan video2 kita. Sekiranya pengamal berbuat demikian, kita yakin apabila bertemu nanti, pengamal yang berada pada darjah ke-37 pada pertemuan dahulu itu SEKURANG-KURANGNYA kini sudah bersedia untuk ilmu2 bagi darjah ke-45 dan mungkin boleh mencapai sehingga darjah ke-52. Maka kita pun buat persediaan untuk menghidangkan ilmu2 peringkat ke-45 hingga 52.
Namun apabila bertemu, dalam sembang2 itu ternyata si pengamal hanya bertempat pada darjah ke-38, jauh lebih rendah daripada yang sepatutnya pengamal peroleh. Hal ini berlaku kerana pengamal tidak mengikuti pelajaran2 bagi darjah 39 hingga 42 yang sudah kita sebarkan dari semasa ke semasa. Pengamal hanya mengharapkan pertemuan berhadapan baru hendak menuntut pelajaran2 baharu. Keadaan sebegini sangat merugikan. Maka dalam pertemuan terkini itu sepatutnya pengamal mendapat input2 untuk darjah ke-45 hingga 52, tetapi kita hanya dapat sampaikan input2 yang sesuai dengan darjah 39-40 sahaja.
Sebenarnya banyak ilmu yang pengamal tidak perlu menunggu datang lagi ke gua bertemu pertapa secara berhadapan untuk mendapatkannya, kerana ilmu2 itu sudah disebarkan risalah2nya ke serata pelusuk negeri. Sesekali hendak datang ke gua itu banyak kesulitannya kerana kena siapkan belanja, sediakan perbekalan, berpisah dengan kaum keluarga, memakan masa berminggu2 lama, berhadapan dengan perompak, melalui kawasan yang penuh binatang2 buas, kena mendaki bukit dan gunung, baru dapat sampai.
Dengan kesukaran2 sebegitu, apabila bertemu nanti tentunya mahaguru di gua suka untuk menyampaikan ilmu2 yang special dan lebih tinggi. Malangnya murid datang tanpa menguasai ilmu2 rendah yang boleh didapati tanpa perlu datang ke gunung pun. dan sepatutnya memang sudah dikuasainya dengan membaca risalah2 yang tersebar itu. Mahaguru tetap akan menurunkan ilmu juga tetapi terpaksalah mahaguru menyampaikan ilmu2 yang biasa2 sahaja. Rugilah.
Sebaliknya ada pula pengamal yang kuat bersuhbah dengan penulisan2 dan video2 kita. Dahulunya mereka berada pada darjah ke-37. Kita jangkakan dalam pertemuan kali ini sesuailah untuk dibentangkan ilmu2 peringkat ke-45. Ternyata pengamal boleh pergi lebih jauh daripada itu. Maka kita pun sampaikan pelajaran2 sehingga ke darjah 52. Untunglah.
Tidka hairanlah jika ada sebahagian pengamal2 baharu dengan pantas dapat memintas pencapaian dan dapatan pengamal2 lama sekalipun berjauhan dengan mursyid. Contohnya, memang ketara perbezaan antara orang yang mengikuti 1000 video kuliah kitab Ihya' 'Ulumuddin dengan orang yang hanya mengikuti 40 video kuliah yang sama.
Orang dulu2 ada yang diizinkan Allah mempunyai kelebihan melakukan hal2 mencarik adat seperti masih boleh berhubung, belajar, berbual, "berhadapan" dan saling mengambil manfaat walaupun tinggal berjauhan dan sangat jarang bertemu muka. Padahal kita pada zaman ini dengan menggunakan teknologi sahaja tanpa perlu mencarik adat pun sudah lebih boleh mengambil manfaat, tetapi ramai yang mensia2kannya.
Kesimpulannya, ilmu2 yang boleh didapati di kota dan desa tanpa perlu naik ke gunung, ambil siap2. Nanti setelah naik ke gunung. sang pertapa tidak perlulah membuat ulangan pelajaran lalu boleh terus memberi ilmu2 yang tak terdapat di desa dan kota.
30/4/22
***Sila baca update2 sebelum ini agar tidak berlaku salah faham.
MAKLUMAT2 SEBELUM INI :
1. ASAL-USUL RANCANGAN : http://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/perancangan-temujanji-urusan2-tariqah.html
2. PENGUMUMAN AWAL : https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-pengumuman-awal.html
3. UPDATE 1 : https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-update-1.html
4. UPDATE 2 : https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-update-3.html
5. UPDATE 3 :http://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-update-3_27.html
6. UPDATE 4 - https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-update-4.html
7. UPDATE 5 - http://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-update-5.html
8. UPDATE 6 - https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-update.html