Tingkatan Tauhid :
Tauhid itu perkara pokok. Tauhid terdiri daripada empat tingkatan :
a) Tauhid
tingkat kulit kepada kulit (contohnya sabut buah kelapa) – Orang yang
mengucapkan “La Ilahaillallah” tetapi hatinya lalai atau hatinya memungkirinya.
Contohnya tauhid orang munafik. Mereka hanya berpura-pura mengimaninya tetapi
sebenarnya mereka tidak percaya pun.
b) Tauhid
tingkat kulit (contohnya tempurung kelapa) – Orang yang mengakui kalimah ini
sebagaimana umumnya kaum muslimin. Ini iktiqad orang awwam.
c) Tauhid
tingkat isi (contohnya isi kelapa) – Orang yang mengakui kalimah ini dan
berjaya memahami hakikat bahawa semuanya daripada Allah. Orang jenis ini sudah
mula memandang tembus (kasyaf). Contohnya dia sudah membiasakna memandang
bahawa semua perlakuan makhluk pada hakikatnya tidak lain ialah pekerjaan Allah
semata-mata.
d) Tauhid
tingkat isi kepada isi (minyak kelapa) – Orang yang sudah tenggelam dalam
tauhid. Tidak dilihatnya pada yang wujud ini selaian Yang Esa. Tiada dilihatnya
dirinya sendiri kerana sudah tenggelam dalam tauhid. Lalu ia fana’ daripada
memandang dirinya dan makhluk. Yang ada hanyalah Allah.
No comments:
Post a Comment