Keistimewaan/kelebihan Faqir
Sabda Nabi saw : “Umatku yang faqir akan masuk ke dalam jannah 500
tahun sebelum orang kaya.” (Turmizi)
Hal ini kerana orang-orang kaya akan melalui hisab harta yang memakan
masa panjang. Sedangkan bagi orang-orang faqir, harta mereka tidak banyak dan
akan cepat habis hisabnya nanti.
Nabi saw bersabda : “Aku menjengok ke dalam jannah, maka aku melihat
kebanyakan penghuninya ialah orang-orang faqir. Lalu aku bertanya : “Mana
orang-orang kaya?” Lalu dijawab : “Mereka tertahan oleh kekayaan.” (Ahmad)
Sungguhpun begitu, Islam tidaklah menghalang para penganutnya untuk
memperjuangkan kekayaan, asalkan selaras dengan kehendak Islam. Lebih-lebih
lagi dalam membina kekayaan (ekonomi) umat. Yang dikhuatiri adalah jika kita
terkena fitnah-fitnah kekayaan yang ramai orang gagal terlepas daripadanya.
Sabda Nabi saw : “Lalu aku melihat kebanyakan penghuni naar itu
adalah kaum wanita. Lalu aku bertanya : “Apakah keadaan kaum wanita itu?” Maka
dijawab : “Mereka disibukkan oleh dua benda yang merah iaitu emas dan za’faran
(yang kedua-duanya berharga sangat tinggi).” (Bukhari, Muslim)
Sabda Nabi saw : “Aku melihat Abdur Rahman bin ‘Auf (sahabat Nabi saw
yang paling kaya bertaraf billionaire) masuk jannah dengan merangkak.”
(Ahmad, Thabrani)
Hal ini menunjukkan panjangnya proses pemeriksaan harta Abdur Rahman bin
‘Auf berbanding sahabat-sahabat Nabi saw yang lain.
Sabda Nabi saw : “Sudahkah aku terangkan kepada kamu tentang
raja-raja penghuni jannah?”
Para sahabat menjawab : “Belum, wahai Rasulullah.”
Nabi saw menjawab : “Setiap orang lemah, yang
terpandang lemah, yang berdebu mukanya, kusut rambutnya, mempunyai dua helai
kain (pakaian) buruk, yang tdak diendahkan, jikalau ia bersumpah kepada Allah,
nescaya Allah memberi kebajikan kepadanya.” (Bukhari, Muslim)
Hadis ini menunjukkan bahawa ada orang-orang faqir yang menjadi
raja-raja penghuni jannah.
Sabda Nabi saw : “Orang-orang faqir daripada umatku akan masuk ke
jannah sebelum orang-orang kaya dengan 500 tahun. Hinggakan seorang lelaki
daripada orang-orang kaya itu masuk ke dalam rombongan orang-orang faqir, lalu
dipegang tangannya dan dikeluarkan.” (Turmizi, dipandangnya sahih)
Pada hari akhirat nanti, ada orang kaya yang mahu digolongkan sebagai
orang faqir memadangkan beratnya hisab ke atas harta-benda.
No comments:
Post a Comment