MEMBACA SATU PERKONGSIAN YANG BERBUNYI :
Mualaf cina ini lebih ada akal dari sesetengah Melayu-
(Dapat wassp ini dr rakan Perkim -tanpa edit sy forward shj)
*Kamal Koh*--
Keliru kita bila memikir, macam mana Islam di Malaysia boleh
terancam pada hal kita ada -
1. 13 orang Mufti yang dibayar Gaji untuk membimbing orang Islam..
agama lain tiada.
2. 9 orang Sultan dan seorang Agong yg dibayar gaji dan diberi
kuasa penuh mengikut Perlembagaan negara untuk menjaga agama Islam supaya tidak
di ganggu gugat. Agama lain tiada.
3. JAKIM, yang mempunyai bangunan indah dan tersergam, mempunyai
pejabat disetiap negeri dengan ramai pegawai berkelulusan tinggi dibayar gaji
untuk memajukan Islam. Agama lain tak ada.
4. YADIM yang mempunyai ramai pegawai dakwah berkelulusan ijazah
dibayar gaji oleh kerajaan untuk melakukan kerja dakwah menarik minat orang
kepada kesucian Islam. Agama lain tiada di peruntuk Dana.
5. IKIM.. Mempunyai ramai Sarjana dan ilmuan Islam dibayar gaji
oleh kerajaan untuk melakukan kajian dan penyelidikan demi meningkatkan
kemajuan, kefahaman Ilmu Falsafah serta Sejarah Islam yang sebenar.. Agama lain
tiada.
6.IIUM, USIM, UNIZA, UIA dan macam macam lagi instituisi pengajian
Islam yg memiliki ramai Professor dan pensyarah yang bijaksana untuk menjana
insan insan terpelajar dalam pengajian Islam dan lain lain Ilmu agar Falsafah
serta akhlak Islam tercambah. Agama lain tidak di peruntukan.
*7. PAS dan UMNO diberi kebebasan penuh tanpa halangan undang
undang serta mendapat hak untuk bermuafakat dan bekerjasama untuk
mempertahankan Agama Islam.* 🤣
Saya berasa pelik dan Keliru masih ada orang merasa Islam terancam
di Malaysia. 🤔 Wallah
huak'lam.
*Kamal Koh*
🌹🌹🌹
Eh macam betul juga. Seolah2nya macam kita takut dgn bayang2
sendiri beb
JAWAPAN SAYA :
Kita sudah baca nukilan hati si muallaf. Kini kita baca pula
nukilan hati seorang yang lahir-lahir sudah dipilih oleh Allah untuk berada
dalam agama Islam ini (walaupun baru 46 tahun sahaja pun, belum berapa lama
lagi) yang tidak banyak akal dan mungkin kurang akal pun berbanding si muallaf
tadi.
(Saya tulis sendiri wasap ini)
Pegangan sebahagian orang-orang pada zaman Melaka pada tahun 1511,
sejurus sebelum kejatuhan Melaka ke tangan penjajah Portugis dan terus terjajah
selama lebih 400 tahun) :
“Keliru kita apabila memikirkan, macam manalah Melaka boleh
terancam dan akan dikalahkan oleh Portugis, mana mungkinlah, kerana :
1. Kita ada pejuang keseluruhan lebih kurang 20,000 orang
(termasuk tentera Melaka, sukarelawan rakyat dan askar upahan), sedangkan
Portugis dan upahannya hanya ada 1,000 orang. Mana mungkin terancam.
2. Kita ada puluhan kapal perang dan ratusan perahu besar,
termasuklah beberapa kapal yang berkali-kali ganda lebih besar daripada
kapal-kapal perang Portugis, sedangkan Portugis hanya ada beberapa belas kapal
perang. Itu pun, yang sederhana dan yang kecil-kecil sahaja. Mana mungkin
terancam.
3. Kita ada puluhan meriam besar, termasuk beberapa meriam Turki
yang terbesar di Asia ketika itu, dan ratusan meriam sederhana dan kecil, sedangkan
Portugis hanya punya beberapa puluh meriam yang sederhana dan kecil sahaja.
Takkanlah boleh Melaka terancam.
4. Rata-rata orang di rantau ini beragama Islam sedangkan Portugis
yang Kristian hanya beberapa ratus orang. Raja-raja kecil dan besar di rantau
ini ada berpuluh-puluh, mufti pun berpuluh-puluh orang. Di Melaka sahaja ada 4
orang syahbandar yang punya ramai polis di bawah mereka. Ulama-ulama yang
berjawatan dan tak berjawatan pun ramai di Melaka dan sekitarnya. Melaka tak
akan terancam punyalah.
5. Terdapat puluhan kerajaan Islam yang besar dan kecil di Selat
Melaka, sedangkan Portugis hanya duduk di atas kapal sahaja. Mustahil mereka
boleh mengancam Melaka.
6. Rakyat Melaka yang Melayu, India, Cina, Parsi, Turki, Jawa,
Siam, orang asli (Orang Laut/Selat -Cellaters) diberi kekebasan penuh tanpa
halangan undang-undang serta mendapat hak untuk bermuafakat dan bekerjasama
untuk mempertahankan Melaka sekalipun mereka bukan askar rasmi Melaka. Tak
logiklah Melaka dapat diancam Portugis.
“Jadi, kita berasa pelik dan keliru kerana masih ada orang Melaka
yang berasa Melaka akan terancam dan jatuh ke tangan musuh.”
Tetapi hakikatnya – apabila Portugis menyerang, Melaka terjajah
selama lebih 400 tahun.
Allah SWT berfirman : “…dan di medan Perang Hunain, iaitu sewaktu
kamu (orang-orang Islam) berasa megah (lagi yakin) oleh kerana bilangan kamu
yang ramai, maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu
sedikitpun, dan (kamu kemudiannya merasakan) bumi yang luas itu menjadi sempit
buat kamu, kemudian kamu berpaling berundur melarikan diri.” (At-Taubah : 25)
(Kenang jugalah sejarah Palestin. Kononnya mana mungkin Palestin
yang sedemikian ramai rakyatnya dan punya kerajaan yang tak kurang hebat akan
terancam dek kedatangan beberapa kerat pendatang Zionis. Mustahillah! Tapi
hakikatnya… yang ramai dan yang berkuasa itulah yang sudah sekian lama menjadi
pihak yang ditindas dan dizalimi di tanah air mereka sendiri).
Abu Zulfiqar
16 Ogos 2019
Eh, macam betul juga. Seolah-olahnya kita terlebih yakin atas
keramaian dan kekuasaan yang kita ada.
No comments:
Post a Comment