Firman Allah Taala : “Allah menyukai orang-orang yang bersih.”
(Al-Baqarah : 108)
Sabda Nabi saw : “Kebersihan itu separuh daripada iman.” (Muslim)
Sabda Nabi saw : “Kunci solat itu ialah kesucian.” (Turmizi)
Bersuci itu 4 tingkatan :
i) Tingkat satu -
mensucikan zahir diri daripada segala hadas, kotoran dan benda-benda yang
menjijikkan.
ii) Tingkat dua -
mensucikan anggota badan daripada segala perbuatan jahat dan dosa.
iii) Tingkat tiga -
mensucikan hati daripada segala sifat yang tercela dan sifat-sifat rendah yang
terkutuk.
iv) Tingkat empat -
mensucikan sirr daripada sesuatu selain Allah Taala, iaitu bersucinya hati para
nabi dan para siddiqin.
Keutamaan Wuduk :
Rasulullah saw bersabda : “Sesiapa yang berwuduk dan disempurnakannya
lalu dikerjakannya solat dua rakaat yang ia tidak berbicara dengan dirinya
dalam wuduk dan solat itu sesuatu dari hal dunia, nescaya keluarlah dia
daripada dosanya sebagaimana hari dia dilahirkan oleh ibunya.” (Bukhari,
Muslim)
“Apabila seseorang muslim itu berwuduk yang dia
berkumur-kumur nesacaya keluarlah segala kesalahan dari mulutnya. Apabila dia
memberishkan hidungnya maka keluarlah segala kesalahan dari hidungnya. Apabila
dia membasuh mukanya maka keluarlah kesalahan dari mukanya sehingga keluarlah
segala kesalahan itu dari pinggir bawah kedua-dua matanya. Apabila dia membasuh
kedua-dua tangannya nescaya keluarlah segala kesalahan dari kedua-dua tangannya
sehinga keluarlah segala kesalahan itu dari bawah kuku-kukunya. Apabila dia
menyapu kepalanya nescaya keluarlah segala kesalahan dari kepalanya sehingga
keluarlah segala kesalahan itu dari bawah kedua-dua telinganya. Dan apabila dia
membasuh kedua-dua belah kakinya nescaya keluarlah segala kesalahan dari
kedua-dua belah kakinya sehingga keluarlah dari bawah kuku kedua-dua belah
kakinya. Kemudian adalah perjalanannya ke masjid dan solatnya itu sunat
baginya.” (An-Nasa’i, Ibnu Majah)
Kata Saiyidina Umar ra : “Sesungguhnya wuduk yang baik dapat mengusir syaitan
daripada engkau.”
Kata Mujahid : “Sesiapa yang sanggup tidak tidur malam melainkan dalam
keadaan suci (tidak berhadas) besar atau kecil), berzikir dan memohon keampunan
daripada Allah maka hendakalah dia melakukannya. Sesungguhnya segala nyawa itu dibangkitkan
dalam keadaan ia diambil dahulu.”
No comments:
Post a Comment