Sejarah menunjukkan bahawa manusia dan jin mula tertarik
untuk memeluk agama Islam atas banyak sebab. Antaranya, asalnya :
1.
Kerana dipelawa masuk Islam (melalui ajakan
dakwah).
2.
Kerana dirawat oleh seorang muslim lalu sembuh
(melalui kesihatan, perubatan dan rawatan).
3.
Kerana tertarik melihat keindahan agama Islam.
4.
Kerana tertarik melihat orang-orang Islam.
5.
Melalui kajiannya terhadap alam
(benda/haiwan/tumbuhan dsb -melalui sains).
6.
Melalui diskusi atau debat (melalui ilmu,
pemahaman, perbandingan, persamaan).
7.
Melalui pengalamannya melihat/mendengar/membaca
diskusi atau debat.
8.
Melalui pembacaan buku/risalah/kitab/majalah
(melalui media massa, elektronik dan sosial).
9.
Kerana mendapat mimpi tertentu.
10.
Kerana
mahu mengahwini seseorang muslim (melalui perkahwinan, sebagaimana pada zaman Kesultanan
Melaka, Islam tersebar antaranya melalui perkahwinan, perdagangan dan kegiatan
mubaligh Islam).
11.
Melalui
peristiwa/pengalaman ajaib yang dialaminya.
12.
Melalui
kajiannya ke atas agama-agama (melalui kajian/ intelektual).
13.
Kerana
tertarik melihat kehebatan tentera Islam.
14.
Kerana
ketidakpuasannya (hasil pemerhatiannya) terhadap ajaran agama lamanya.
15.
Melalui
filem/video yang ditontonnya (melalui teknologi).
16.
Melalui
seni beladiri yang diceburinya (melalui sukan/adat budaya).
17.
Melalui
pelajaran di pusat-pusat pelajaran (melalui pendidikan).
18.
Melalui perang saraf.
19. dan banyak
lagi.
Oleh itu, jangan sesekali kita menghadkan usaha dakwah
ini hanya kepada satu dua kaedah sahaja. Semua pihak yang terlibat itu mempunyai peranan masing-masing.
Pandang Global, Bergerak Sebagai Satu Umat.
Tajdid Segar, Tajdid Sebenar.
Abu Zulfiqar Al-Amsyari
23 Ogos 2018
No comments:
Post a Comment