Wednesday, August 21, 2019

Punca Zuhud


Ada tiga tingkatan punca zuhud :

a)      Tingkat terbawah – Seseorang itu berusaha untuk zuhud kerana ia takut. Ia takut mengalami kesukaran di alam kubur dan di akhirat, lalu dia pun berusaha untuk hidup zuhud. Ini zuhud orang yang khuatir/takut. Dia ingin terlepas daripada kesusahan.

b)      Tingkat kedua – Seseorang yang berusaha untuk zuhud kerana ia mengharapkan pahala, nikmat dan jannah. Ini zuhud orang yang berharap. Dia ingin mendapat kesenangan.

c)      Tingkat ketiga (tertinggi) – Seseorang itu berusaha untuk zuhud bukan kerana terdorong dengan keinginan untuk terlepas daripada kesusuahn atau untuk mendapat kesenangan, tetapi kerana keinginannya untuk mendapatkan Allah. Ringkasnya, kerana cinta akan Allah. Inilah zuhud orang-orang yang mencintai Allah Taala.

No comments: