Kisah-kisah
Ahli Harap dan Takut
Diriwayatkan
bahawa Saiyidatina ‘A’isyah r.ha berkata, bahawa Rasulullah saw apabila berlaku
perubahan udara dan berhembus angin kencang, maka wajah baginda berubah.
Baginda bangun dan berulang-alik dalam kamar. Baginda masuk dan keluar. Semua
itu adalah kerana takut akan azab Allah. (sebagaimana dalam riwayat Bukhari)
Renungkanlah
betapa kuatnya takut Nabi saw kepada Allah.
Nabi
saw bertanya kepada Jibril : “Mengapa aku tidak melihat (malaikat) Mikail itu
ketawa?”
Maka
jawab Jibril : “Mikail itu tidak tertawa sejak diciptakan naar.” (Ahmad, dengan
sanad yang bagus)
Ali
(cicit Rasulullah saw) bin Al-Husain apabila mengambil wudhu’, kuning warna
wajahnya (pucat mukanya). Maka keluarganya bertanya kepadanya : “Apakah ini
yang terbiasa pada engkau apabila berwudhu’?”
Jawabnya
: “Apakah kamu tahu, di hadapanku, siapa yang aku kehendaki untuk berdiri
kerana-Nya?”
Musa
bin Mas’ud berkata : “Apabila kami duduk berhadapan dengan Sufyan Ath-Thauri,
nescaya seolah-olah api telah mengelilingi kami, kerana kami melihat akan
ketakutan dan kegundahannya.”
Begitu
kuatnya maqam takut Sufyan sehinggakan ornag-ornag lain pun turut terasa bahang
takutnya.
Al-Hasan
al-Basri melewati seorang pemuda yang sedang tenggelam dalam tawa ria. Pemuda
itu berada bersama-sama orang ramai di suatu majlis. Lalu Hasan al-Basri
berkata kepadanya : “Wahai anak muda! Sudahkan engkau melintasi titian (di
akhirat)?”
Jawabnya
: “Tidak.”
Kata
Hasan lagi : “Engkau sudah tahukah kesudahan engkau, sama ada ke jannah atau ke
naar?”
Jawabnya
: “Tidak!”
Maka
kata Hasan : “Jadi, apakah ertinya ketawa ria ini?”
Kata
Hasan seterusnya : “Maka anak muda itu tidak lagi terlihat ketawa sejak itu.”
Hatim
al-Asham berkata :
Jangan
engkau terpedaya dengan bagusnya tempat. Tiada tempat yang terbaik selain
daripada jannah, dan Nabi Adam as telah pun menemui di jannah, apa yang telah
ditemuinya. (Ertinya, di tempat sebaik itu pun Nabi Adam boleh terpedaya).
Dan
jangan engkau terpedaya dengan banyaknya ibadah. Sesungguhnya Iblis, setelah
sekian lama ia beribadah, maka ditemuinya apa yang telah ditemuinya. (Ertiny
Dan
jangan engkau terpedaya dengan banyaknya ilmu. Sesungguhnya Bal’am tahu dengan
baik akan nama Allah Yang Maha Agung. Maka lihatlah apa yang telah ditemuinya.
Dan
janganlah engkau terpedaya dengan melihat orang-orang soleh. Maka tiada seorang
pun yang lebih besar tingkatannya di sisi Allah daripada nabi pilihan iaitu
Nabi Muhammad. Tidak dapat diambil manfaat oleh keluarganya dan musuhnya
walaupun mereka bertemu dengannya.
Maksudnya,
kita mestilah ada takut dan ada harap. Kita takut terpedaya, dan berharap
terselamat daripada terpedaya.
No comments:
Post a Comment