Wednesday, August 21, 2019

Darjat Zuhud


Ketahuilah, zuhud itu terdiri daripada beberapa tingkatan :

a)      Tingkat pertama – Seseorang itu zuhud di dunia tetapi dia merindui keduniaan itu. Hatinya condong kepada dunia tetapi dia berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelakkannya. Orang sebegini dinamakan mutazahhid (orang yang berbuat diri zuhud). Hatinya berat untuk meninggalkan keduniaan tetapi diusahakannya juga untuk meninggalkannya. Inilah permulaan zuhud. Orang mutazahhid ini menghadapi risiko bahaya kerana kadang-kadang id dikalahkan oleh keinginan hatinya (nafsunya) lalu dia tidak zuhud. Sekejap zuhud, sekejap tidak zuhud.

b)      Tingkat kedua – Seseorang yang meninggalkan keduniaan dengan mudah. Dunia ini sangat kecil dapatannya berbanding apa yang diharapnya di akhirat kelak. Dia meninggalkan keduniaan dengan mudah, tidak seperti orang mutazahhid tadi.

c)      Tingkat ketiga – Seseorang yang meninggalkan keduniaan dengan mudah, bahkan dia tidak berasa meninggalkan apa-apa pun. Inilah kesempurnaan zuhud.

No comments: