Tuesday, August 6, 2019

Keutamaan Bersugi dalam Islam


Nabi saw bersabda : “Seandainyalah aku tidak khuatir akan menjadi kesukaran bagi umatku, nescaya aku suruh mereka bersugi untuk setiap solat.” (Bukhari, Muslim)

Sabda Nabi saw : “Aku tidak mahu melihat kamu masuk ke tempatku dengan gigi yang kuning. Oleh itu bersugilah.” (Al-Bazzar, Al-Baihaqi)

Ibnu Abbas mengatakan : “Memang selalu Rasulullah saw menyuruh kami membersihkan mulut sehingga kami menyangka akan turun sesuatu (wahyu) kepadanya tentang bersugi.” (Ahmad)

Sabda Nabi saw : “Hendaklah kamu bersugi kerana bersugi itu membersihkan mulut dan membawa keredhaan Tuhan.” (Bukhari)

Para sahabat Nabi saw berjalan-jalan dan kayu sugi ada pada telinga mereka.

Disunatkan bersugi untuk setiap solat dan setiap wuduk walaupun tidak mengerjakan solat selepas wuduk itu, dan ketika berubah bau mulut dengan sebab tidur atau diam yang lama atau memakan sesuatu yang tidak sedap baunya.

No comments: