Adab Bertawakal pada Harta Benda (dan Wang)
a) Hendaklah
mengunci pintu apabila keluar dari rumah. Jangan tidak usaha dikunci, dan
jangan pula berlebih-lebihan dalam mengunci. Begitu juga dengan barang yang
lain. Simpan di tempat yang selamat.
b) Janganlah
meninggalkan barang-barang yang bakal menarik perhatian pencuri. Jangan
ditayang-tayang atau diheboh-hebohkan.
c) Sewaktu
hendak keluar, umumnya niatkan redha jika harta itu hilang. Halalkan sahaja
(barang-barang yang tidak memudaratkan kita jika hilangnya). Niatkan sebagai
sedekah sekiranya si pencuri itu orang miskin (perlu).
d) Tidak bergundah
hati sekiranya harta itu hilang (harta yang tidak memudaratkan kita jika
hilangnya).
e) Tidak mendoakan
kemelaratan ke atas si pencuri.
f) Simpati
dengan si pencuri kerana terlibat dengan dosa, dan bersyukur kepada Allah
kerana Allah tidak jadikan kita sebagai pendosa (pencuri).
No comments:
Post a Comment