Monday, August 5, 2019

Mengimani Sifat-sifat Allah


a)            Kita mestilah yakin sepenuhnya bahawa Allah Maha Berkuasa. Dia berkuasa ke atas segala sesuatu dengan 100%.

b)            Kita mestilah yakin sepenuhnya bahawa Allah Maha Tahu. Dia tahu segala-galanya 100%.

c)            Kita mestilah yakin sepenuhnya bahawa Allah itu Hidup. Mustahil Dia tidak hidup atau pernah tidak hidup walau sedetik. Dia hidup selama-lamanya.

d)            Kita mestilah yakin sepenuhnya bahawa Allah ada kehendak (bersifat iradah). Apa sahaja yang berlaku dahulu, sekarang dan akan datang semuanya atas kehendak dan ketentuan Dia. Pada hakikatnya, Dia yang mahukan jadi begitu dan begini.

e)            Kita mestilah yakin sepenuhnya yang Allah Maha Melihat dan Maha Mendengar. Allah melihat segala-galanya dan mendengar segala-galanya 100%.

f)             Kita mestilah yakin sepenuhnya yang Allah berkata-kata (berkalam) tetapi kata-kataNya tidak sama langsung dengan kata-kata selain Dia. Kata-kataNya tidak bersuara (tidak berbunyi) dan tidak berhuruf.

g)            Kita mestilah yakin sepenuhnya bahawa segala kalam (kata-kata) dan sifat-sifat Allah itu adalah qadim.

h)            Kita mestilah yakin sepenuhnya bahawa ilmu atau pengetahuan Allah itu juga qadim. Maksudnya Allah sudah sedia tahu segala-galanya yang akan berlaku sejak azali. Dia mengetahui dengan ZatNya. Dia mengetahui tanpa perlu kepada berfikir. Semua yang berfikir adalah lemah, adalah makhluk.

i)             Kita mestilah yakin sepenuhnya bahawa iradah Allah (kehendak Allah) itu qadim. Semua kehendakNya sudah ada dan sudah sedia terancang dalam ilmuNya sejak azali. Selepas azali, Dia hanya melaksanakan segala kehendakNya itu.

j)             Allah mengetahui dengan ilmun, hidup dengan hayah, berkuasa dengan qudrah, berkehendak dengan iradah, berkata-kata dengan kalam, mendengar dengan sama’ dan melihat dengan basar. Semua sifat ini adalah qadim.

Mana mungkin ada pembunuh tanpa adanya yang dibunuh. Begitu juga, tidak ada yang dibunuh jika tidak ada pembunuh. Maka mana mungkin ada orang yang berilmu tanpa ilmu.

No comments: