Allah
SWT memerintahkan : “Janganlah kamu berputus harap daripada rahmat Allah.”
(Az-Zumar : 53)
Maksudnya
kita tidak boleh berputus asa, bahkan yakin dengan rahmat-Nya.
Allah
berfirman : “Sesungguhnya orang-orang yang membaca Kitabullah, mendirikan
solat dan membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada
mereka (untuk jalan Allah), sama ada secara diam-diam atau secara terang-terangan,
mereka mengharapkan perniagaan yang tidak pernah rugi.” (Fathir : 29)
Perniagaan
yang tidak pernah rugi ialah kita membeli jannah dan redha Allah dengan mata
wang amal-amal soleh. Kita mengharapkan agar Allah menerima pembelian kita itu.
Firman-Nya
: “Katakanlah: Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas mencelakakan dirinya
sendiri. Jangan kamu putus harapan daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah
mengampuni segala dosa. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”
(Az-Zumar : 53)
Walaupun
kita pernah melakukan pelbagai kesalahan, tetapi kita mestilah yakin bahawa
Allah Maha Pengampun dan menaruh harapan tinggi bahawa Dia akan mengampunkan
kesalahan-kesalahan kita.
Sabda
Nabi saw : “Apabila hamba itu berdosa dengan sesuatu dosa lalu ia meminta
ampunan Allah, maka Allah ‘Azza wa Jalla berfirman kepada para mlaikat-Nya :
“Lihatlah kepada hamba-Ku yang telah berdosa dengan suatu dosa. Maka ia tahu
yang ia ada Rabb yang mengampunkan segala dosa dan yang menyiksakan dengan dosa
itu. Aku persaksikan kepada kamu bahawa Aku telah mengampunkan dosanya.”
(Bukhari, Muslim)
Maksudnya
Allah suka jika kita bertaubat dan memohon keampunan, kerana dalam perlakuan itu
ada pengiktirafan terhadap-Nya sebagai Tuhan, ada pengakuan bahawa kita hamba
kepada Dia, dan ada pengakuan bahawa kiat yakin Dialah yang berkuasa untuk
mengampunkan dosa-dosa.
Sabda
Rasulullah saw : “Sesungguhnya Allah Taala menuliskan atas diriNya rahmat
sebelum Dia menjadikan makhluk : “Sesungguhnya rahmatKu mengalahkan murkaKu.”
(Bukhari, Muslim)
Oleh
itu kita mestilah sentiasa bersangka baik kepada Allah dan berterusan mengharap
kepada-Nya.
Sabda
baginda saw : “Sesiapa yang pada akhir perkataannya ialah La Ilahaillallah,
nescaya ia tidak akan disentuh oleh naar.” (Abu Dawud, Al-Hakim dan
dipandangnya sahih)
Kita
berharap agar ahkir perkataan kita nanti ialah Laa Ilahaillallah.
Nabi
saw bersabda : “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya Allah itu
Maha Pengasih kepada hamba-Nya yang beriman, lebih daripada (kasih) ibu kepada
anaknya.” (Bukhari, Muslim)
Alangkah
kasihnya seorang ibu kepada anaknya, tetapi kasih Allah kepada orang-orang
beriman adalah jauh lebih kasih lagi. Anak-anak kecil begitu berharap akan
ibunya, dan ibunya pula akan berusaha untuk sentiasa memenuhi harapan si anak.
Dengan sedemikian besar kasih Allah kepada kita, insya-Allah Dialah sebaik-baik
tempat pengharapan, dan dari segi hakikatnya pula, Dialah satu-satunya tempat
berharap.
Rasulullah
saw bersabda : ”Apabila kamu meminta kepada Allah, maka besarkanlah
keinginanmu dan mintalah jannah Firdaus yang tertinggi. Sesungguhnya Allah
Taala, tiadalah sesuatu yang besar pada-Nya.” (Muslim)
Berdasarkan
hadis ini, jelaslah bahawa Allah memang suka jika kita membesarkan harapan kita
kepada-Nya.
No comments:
Post a Comment