Wednesday, August 7, 2019

Khusyuk dan Adab Jumaat


Kepentingan Khusyuk dalam Solat

Allah Taala berfirman : “Dirikanlah solat untuk ingat akan Aku.” (Taha : 14)

Jelas bahawa perintah ini bertaraf wajib.

Firman Allah : “Dan janganlah engkau termasuk dalam kalangan orang-orang yang lalai.” (Al-A’raf : 205)

Sabda Nabi saw : “Berapa banyak orang yang mendirikan solat (tetapi) mendapat letih dan susah sahaja.” (An-Nasa’i, Ibnu Majah)


Keutamaan Solat Fardhu Jumaat

Allah SWT berfirman : “Apabila ada panggilan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat maka bersegeralah kamu ingat akan Allah dan tinggalkanlah urusan jual beli (perniagaan, duit, harta).” (Al-Jumuah : 9)

Sabda Nabi saw : “Sesiapa yang meninggalkan Jumaat 3 kali tanpa sesuatu halangan nescaya dicap oleh Allah pada hatinya.” (Ahmad)

Sabda Nabi saw : “Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari ialah hari Jumaat. Pada hari Jumaat dijadikan Adam as. Pada hari Jumaat dia dimasukkan ke dalam jannah, diturunkan ke bumi, diterima taubatnya, pada hari itu dia meninggal dunia dan pada hari Jumaat itulah berdirinya Hari Qiamat. Adalah hari Jumaat itu pada sisi Allah hari kelebihan. Begitulah hari Jumaat dinamakan oleh para malaikat di langit iaitu hari memandang kepada Allah Taala di dalam jannah.” (Muslim)


Adab-Adab Jumaat

a)            Membuat persediaan sejak hari Khamis untuk menyambut Jumaat dengan berdoa, beristighfar memohon ampun dan bertasbih sejak sesudah Asar hari Khamis.

b)            Mandi sunat Jumaat pada paginya.

c)            Berhias iaitu membersihkan diri, memotong kuku jika belum dipotong, memakai wangi-wangian, pakian yang bersih, sekiranya dapat yang ebrwarna putih, memakai serban (sunat pada hari Jumaat menurut Imam Al-Ghazali).

d) Datang awal ke masjid. Kalau boleh pada waktu paginya.

e) Masuk dengan sopan-santun terhadap Allah dan terhadap manusia lain.

f) Tidak melintas di hadapan orang yang sedang solat.

g) Carilah saf yang sehadapan mungkin.

No comments: