Sunday, April 2, 2023

Nikmat dan Musibah Mungkin Sebaliknya

 

Umumnya elok sangatlah kita bersederhana

dalam segala hal yang mendatang

kerana

yang kelihatan seperti nikmat itu

mungkin musibah di sebaliknya

dan yang datang dalam rupa musibah itu

mungkin nikmat sebenarnya.


Kadang2 kita melihat sesuatu itu sebagai kelebihan

tetapi ada mata2 hati

yang menyaksikannya sebagai satu kekurangan.

Kadang2 kita melihat sesuatu itu sebagai kekurangan

tetapi ada mata2 qalbu

yang menyaksikannya sebagai satu kelebihan.


Dengan izin Allah,

mata hati qalbu itu pelbagai inderanya.

Walaupun ia "mata" tetapi selain melihat,

ia juga boleh mendengar, menghidu,

mengecap dan merasa.


Pelajaran tasawuf

beserta pengamalan dan penghayatannya

membawa kita kepada

pembukaan rahsia demi rahsia

yang hanya dapat dikesan

oleh "mata" yang "di dalam dada".


2/4/23

No comments: