Thursday, April 27, 2023

Ilmu untuk Ramadhan dan Syawal Itu Sebelum Ramadhan dan Syawal

 

Ilmu2 untuk melalui hari2 peperangan lebih utama ditarbiahkan sebelum peperangan, dan pada sepanjang berlakunya peperangan itu kita murnikan lagi ilmunya dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan kesesuaian. Jika setelah pecahnya perang baru hendak mula proses tarbiah, lebih banyak masalah akan berlaku (berbanding jika dibuat sebelumnya).


Ilmu2 untuk menjalani Ramadhan lebih utama ditarbiahkan sebelum Ramadhan, dan pada sepanjang berlangsungnya Ramadhan itu kita murnikan lagi ilmunya dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan kesesuaian. Jika setelah sampainya Ramadhan baru hendak mula proses tarbiah, lebih banyak masalah akan berlaku.


Ilmu2 untuk melalui Syawal lebih utama ditarbiahkan sebelum Syawal, dan pada sepanjang Syawal itu kita murnikan lagi dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan kesesuaian. Jika setelah tibanya Syawal baru hendak mula proses tarbiah, lebih banyak masalah akan berlaku.


Ilmu2 untuk menjalani zaman akhir (bukan akhir zaman) itu lebih utama ditarbiahkan sebelum terjadinya zaman akhir, dan di sepanjang terjadinya zaman akhir itu kita murnikan lagi dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan kesesuaian. Jika setelah terjadinya zaman akhir baru hendak mula proses tarbiah, lebih banyak masalah akan berlaku.


Namun kita sedia maklum, akan selalu ada kekangan2. Maka kita buat sekadar yang termampu.


21/4/23

No comments: