1. Pengurusan dan tindakan aqal kita tidak lurus atau tidak cantik, Allah bekalkan ilmu2 al-iman.
2. Pengurusan dan tindakan anggota kita tidak lurus atau tidak cantik, Allah bekalkan ilmu2 al-islam.
3. Pengurusan dan tindakan hati qalbu kita tidak lurus atau tidak cantik, Allah bekalkan ilmu2 al-ihsan.
4. Pengurusan persediaan, perubahan, tindakan dan tajdid bagi anggota, aqal dan qalbu kita tidak lurus atau tidak cantik, Allah bekalkan ilmu2 al-sa'ah.
Inilah 4 tungku agama, 4 tiang ad-diin atau 4 rukun utama yang berpisah tiada pernah sebagaimana dalam hadith Jibril.
1. Hendak betulkan dan cantikkan perlakuan aqal, minda, otak - belajar, amal, kuasai dan hayati ilmu2 al-iman.
2. Hendak betulkan dan cantikkan perlakuan anggota, amal2 tubuh badan, zahiriyah - belajar, amal, kuasai dan hayati ilmu al-islam.
3. Hendak betulkan dan cantikkan perlakuan qalbu, jiwa, hati, ruh, batiniyah - belajar, amal, kuasai dan hayati ilmu2 al-ihsan.
4. Hendak betulkan dan cantikkan persediaan, perubahan, tindakan dan tajdid - belajar, amal dan hayati ilmu2 al-sa'ah.
Persoalan : Apakah orang2 yang sudah mempelajari, mengamal, menguasai dan menghayati ilmu2 al-iman itu PASTI akan selamat dan berjaya?
Jawapan : Tidak pasti, tetapi insya-Allah peluang mereka untuk selamat dan berjaya itu adalah lebih baik berbanding ornag2 yang tidak berbuat demikian. Begitu jugalah halnya dengan tungku2 agama yang 3 lagi itu.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
27/4/23
Blog Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment