Thursday, April 27, 2023

Permainan Peratusan yang Sering Mempedaya

 

Manusia selalu dipedaya atau terpedaya dengan PERMAINAN PERATUSAN. Hal ini selalu berlaku jika mereka jenis yang malas untuk meneliti. Situasi sebenar terhijab dengan permainan peratusan.


CONTOH 1 : Baru2 ini berlaku banjir besar di negeri Alif Ba Ta dan ada kematian.


Info daripada Kampung ABC - 5% PENDUDUKNYA MATI.

Reaksi orang ramai : "Kasihan.... tapi tak mengapalah. Tak de lah banyak sangat yang mati. 5% je. Biasalah tu. Kampung2 lain ada yang lagi teruk."


Info daripada Kampung XYZ pula - 50% PENDUDUKNYA MATI!

Reaksi orang ramai : "Hah? 50% mati? Alangkah bahayanya banjir kali ini! Sampai begitu sekali yang terjadi? Kita mesti bantu penduduk Kampung XYZ dengan seberapa segera yang mungkin. Sepatutnya diisytiharkan darurat. Apalah punya YB kawasan situ! Tak buat kerja ke?"


PADAHAL SITUASI SEBENARNYA :


Jumlah penduduk Kampung ABC ialah 10,000 orang.

5% maksudnya ada 500 ORANG yang meninggal dunia akibat banjir.


Jumah penduduk Kampung XYZ ialah 40 orang.

50% maksudnya ada 20 ORANG sahaja yang meninggal.


Tapi segala bantuan, langkah berjaga2, pasukan keselamatan dan sebagainya dihantar ke Kampung XYZ yang ada 20 kematian berbanding Kampung ABC yang ada 500 kematian.


Mengapa hal ini berlaku?

Kerana orang ramai di negeri Alif Ba Ta itu mudah dipedaya atau terpedaya dengan permainan peratusan.


CONTOH 2 :


5% je calon SPM bagi Madrasah A yang gagal.

Reaksi masyarakat : "Alhamdulillah! Tahniah! Bagus Madrasah A. 5% je calon SPM mereka yang gagal.

(Padahal calon mereka berjumlah 1000 orang. Ertinya yang gagal 50 ORANG)


50% calon SPM bagi Madrasah B yang gagal.

Reaksi masyarakat : "Aduhhh, teruknya! Apahal teruk sangat Madrasah B tu? Memalukan le."

(Padahal calon mereka hanya 4 orang. Ertinya yang gagal hanya 2 orang)


27/4/23

No comments: