Tiba2 ramai jatuh sakit berat,
tiba2 ramai emosi jadi sangat tidak stabil,
tiba2 ramai buat keputusan yang tidak terduga,
tiba2 ramai bertindak yang sangat di luar jangka...
itu zaman akhir punya malapetaka,
bukan akhir zaman umumnya.
Baru sebentar tadi elok belaka
tiba2 jadi sebaliknya.
Ia terjadi kepada peribadi, keluarga,
masyarakat, negara dan dunia.
Oleh kerana terlalu banyak kejadiannya
maka umat akan jadi muak adanya
lalu jadilah ia norma baharu lagi biasa.
Kata-mengata, hina-menghina,
cerai-mencerai, aib-mengaib,
fitnah-memfitnah, saman-menyaman,
pulau-memulau, kena-mengena,
pukul-memukul, bunuh-membunuh...
tiada yang pelik, sekian lama sudah diduga.
Hadith Jibril sudah mengisyarat,
ada yang tersurat ada yang tersirat.
Tiang ad-diin bertungku empat,
bersanad sebagai bekalan umat.
5/4/23
No comments:
Post a Comment